Pages

Thursday, April 14, 2011

Desak Faizal letak jawatan

"FAIZAL salah, Faizal letak jawatan, kami nak menang, jangan gadai maruah Paroi", antara perkataan yang dilontarkan kira-kira 300 penyokong setia yang menunjukkan tanda protes selepas Negeri Sembilan tewas 0-2 kepada Kedah, sebaik tamat perlawanan saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin. 

Mereka tampak menyalahkan Faizal Zainal yang sebelum ini menjawat jawatan selaku penolong pengurus pasukan selepas melihat kemerosotan Negeri Sembilan yang begitu terserlah, setakat ini.



Timbalan Presiden Kelab Penyokong Negeri Sembilan, Mohd Faidzul Mohd Noh berkata, ahli kelab itu kini hilang sabar selepas bekas juara Piala Malaysia itu terus gagal mencatat kemenangan dalam enam perlawanan terakhir.

No comments:

Post a Comment