Monday, April 11, 2011

Harapan Karathu

KETUA jurulatih Kelantan, M Karathu mahu anak buahnya mengekalkan prestasi cemerlang ketika membelasah felda United 6-0 bagi meneruskan misi menjuarai Liga Super musim ini.


Sambil melahirkan rasa puas hati dengan permainan yang ditunjukkan kesebelasan anak buahnya, beliau berkata jika mereka dapat berbuat demikian, misi Red Wariors untuk menjuarai liga super itu akan menjadi kenyataan.

“Saya harap prestasi seperti ini dapat dikekalkan untuk menghadapi perlawanan menentang Perak dan Sabah selepas ini,” katanya.


pada perlawanan itu, semua pemain Kelantan menunjukkan mutu permainan cemerlang dan menguasai keseluruhan permainan sehingga tidak memberi ruang kepada pasukan pelawat menembusi gawangnya.

Sementara itu, jurulatih Felda United, E Elvarasan mengakui kesebelasan pemainnya gagal memanfaatkan peluang untuk menembusi kubu lawan dan tertekan setelah Kelantan mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.


Beliau akur dengan kehebatan Kelantan yang memanfatkan peluang bermain di tempat sendiri dengan ditambah sokongan moral oleh puluhan ribu penyokongnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...