Saturday, April 9, 2011

Kelantan mampu bangkit

KELANTAN tidak sanggup keciciran mata ketika berdepan Felda United dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu, malam ini. 

Segala-galanya terarah kepada usaha memberi tekanan kepada dua pasukan teratas liga ketika ini iaitu Selangor dan Perak yang pantas mengatasi mereka tempoh hari.



Walaupun, The Red Warriors itu menyingkirkan Felda dengan agregat 5-2 pada saingan peringkat suku akhir Piala FA baru-baru ini, namun tetap berwaspada menanti kunjungan pasukan lawan itu.
Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu optimistik betapa anak buahnya mampu bangkit daripada kekalahan kepada T-Team di Kuala Terengganu, Selasa lalu, untuk kembali mempamerkan aksi terbaik apabila berdepan dengan Felda - sekali gus merealisasikan kutipan tiga mata di gelanggang sendiri. 

“Kita tidak mahu kehilangan mata. Pemain harus memberi tumpuan 100 peratus untuk membolehkan pasukan mengutip tiga mata di gelanggang sendiri malam esok (malam ini),” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...