ONG Kim Swee - jurulatih 'tiga dalam satu' yang memikul tanggungjawab besar tahun ini belum mahu memikirkan percaturannya menghadapi cabaran Sukan SEA sebaliknya tumpuan dihalakan pada Liga Super dan kelayakan Sukan Olimpik.
Percaturannya mungkin tepat memandangkan Harimau Muda A bangkit daripada tiga kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super sekali gus menamatkan nasib malang yang menimpa skuad Olimpik negara itu apabila menang tipis ke atas Kuala Lumpur, kelmarin.
Selain itu, pertemuan dengan Lubnan dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012, 19 Jun ini di gelanggang lawan juga harus diberi tumpuan mengembalikan ngauman skuad Olimpik yang menewaskan Pakistan menerusi agregat 2-0, baru-baru ini, sebelum menanti kunjungan Lubnan di halaman sendiri 23 Jun.
“Keputusan ini (kemenangan ke atas Kuala Lumpur) amat penting selepas tiga kekalahan berturut-turut dan pemain menunjukkan aksi baik. Mereka tahu selepas kekalahan mereka perlu bangkit mendapat tiga mata yang penting.
“Sukan SEA masih jauh untuk saya fikirkan buat masa ini, biar saya tumpukan dulu kepada Liga Super dan kelayakan Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.
No comments:
Post a Comment