Pages

Saturday, April 9, 2011

Salah faham punca geran lewat

FAM perjelas kelewatan diberitahu kepada negeri, kelab kerana tukar penaja 

ISU kelewatan pemberian geran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada negeri dan kelab hanya salah faham kecil yang cuba diperbesarkan pihak tertentu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, semalam.



“Sebenarnya isu ini tidak harus timbul langsung kerana seperti yang sudah dibincangkan di peringkat negeri dan kelab, semua pegawainya akur dan faham akan timbul kelewatan dalam pemberian geran tahun ini kerana pertukaran penaja,” kata Hamidin.
“Malah jika mereka bersabar sehari dua saja sebelum mengeluarkan kenyataan terbabit, saya pasti tiada masalah timbul kerana pembayaran separuh daripada geran dijanjikan sudah dilakukan semalam (kelmarin).” 

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang juga mempengerusikan Jawatankuasa Kewangan badan induk itu dalam titahnya kelmarin menerangkan, proses pembayaran sedang dilakukan dan semalam, beberapa persatuan negeri dan kelab sudah mendapat habuan masing-masing. 

“Kami menjunjung kasih kepada Tuanku kerana melunaskan pengagihan geran seperti dijanjikan,” kata Hamidin yang juga merangkap Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). 

“Semalam (kelmarin), separuh daripada RM300,000 geran tahunan sudah dimasukkan ke akaun beberapa persatuan negeri dan kelab, dan sebahagian lagi akan diselesaikan dalam masa terdekat. 
Selain FAS, beberapa persatuan lain senada dengan Hamidin dan menganggap isu ini tidak sepatutnya timbul. 

No comments:

Post a Comment