Pages

Thursday, April 7, 2011

Selangor masih menyengat

SELANGOR terbukti masih mampu menyengat meskipun menentang barisan pemain muda dari Harimau Muda A pada saingan Liga Super 2011, kelmarin. 

Buktinya mereka menang 2-1 ke atas pasukan bimbingan Ong Kim Swee walaupun dua gol hanya berjaya disumbat pada 10 minit terakhir perlawanan. 

Pengelola pasukan Gergasi Merah Kuning, K Devan bagaimanapun tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya semasa separuh masa pertama meskipun, gagal menjaringkan sebarang gol. 

“Pasukan banyak mencipta peluang namun gagal mencari penyudah yang baik. Tetapi apa yang paling penting mereka tidak mudah panik apabila gawang kita dibolosi pada babak pertama,” katanya. 

Malam itu, penyerang Amri Yahyah menjadi hero Selangor kerana berjaya mencipta peluang buat Mohd Amirul Hadi Zainal menyumbat gol. 

Ujian berat bakal menanti Selangor, Sabtu ini apabila menerima kunjungan kelab dari Terengganu, T-Team di Stadium Shah Alam, Selangor.

No comments:

Post a Comment