Saturday, June 11, 2011

Penyokong diingat tidak bawa mercun

SERAMAI 2,600 anggota polis akan ditempatkan di dalam dan luar Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mengawal trafik dan keselamatan sepanjang perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu, malam ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Salleh Mat Rasid berharap semua penyokong kedua pasukan memberi kerjasama dalam memastikan keselamatan terjamin. 

“Saya menjangkakan, ini adalah perlawanan hebat dan dijangka 85,000 penonton bakal membanjiri stadium, malam esok (hari ini). 

“Jadi, saya minta semua pihak patuh kepada arahan polis dan menjaga disiplin serta tidak terlalu beremosi kerana ia boleh menggugat keselamatan orang ramai,” katanya. 

Salleh yang juga Penga-rah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keten-teraman Awam (KDNKA) turut mengingat penyokong yang hadir tidak membawa barangan terlarang termasuk mercun dan laser yang boleh mengganggu tumpuan penjaga gol. 

Sementara itu, laluan menghala ke Bukit Jalil tidak akan ditutup atau dilencongkan sempena perlawanan akhir hari ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...