Pages
▼
Sunday, May 8, 2011
Bujang Senang intai peluang ke Liga Super
HAJAT pasukan Sarawak meneruskan rentak kemenangan kelima berturut-turut terbantut selepas sekadar seri 1-1 pada pertemuan Liga Perdana menentang Sime Darby, kelmarin.
Malah, hasrat anak didik Robert Alberts itu mendekati pendahulu semasa, PKNS tampak semakin sukar kerana mereka kini dibezakan enam mata selepas beraksi 16 perlawanan.
Menerusi saingan liga berbaki 6 perlawanan, Sarawak tidak boleh lagi mencicirkan mata penting untuk mengelak kedudukan dua tangga teratas digugat pasukan lain yang mencuri peluang memintas mereka sekali gus meranapkan impian dinaikkan pangkat ke Liga Super musim depan.
Sementara itu, jentera sera-ngan pasukan Ngap Sayot itu tidak boleh dinafikan kerana berjaya meledak 39 gol dan paling manis apabila ayam tambatannya, Bobby Gonzales muncul senarai penjaring terbanyak Liga Perdana dengan menggegar jaring 9 gol.
Bagi rekod, skuad Bumi Kenyalang itu belum pernah merasai nikmat beraksi dalam kancah elit Liga Super sejak mula diperkenalkan pada 2004.
No comments:
Post a Comment