Sunday, May 8, 2011

Fandi kekal rekod permainan bersih

NAMA penyerang muda Johor FC, Fandi Ahmad mungkin agak kurang dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. 

Namun, aksi mantapnya ketika mewakili kelab berpangkalan di Selatan tanah air itu berjaya menambat hati pengendali Skuad Olimpik Negara, Ong Kim Swee untuk mengisi posisi pe-nyerang. 

Pemain berusia 20 tahun itu melakukan penampilan pertamanya ketika pertemuan menentang Kedah, 5 April lalu dalam saingan Liga Super. 

Sepanjang beraksi selama 499 minit bersama Skuad Lebah, Fandi berjaya mengekalkan disip-lin di atas padang tanpa mengutip sebarang kad daripada pengadil. 

Setakat ini, pemain itu sudah melakukan tujuh penampilan bersama Johor FC.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...