KUALA LUMPUR - Namanya sama dengan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad.
Namun dia bukan orang yang sama sebaliknya merupakan penyerang muda Johor FC yang merupakan antara muka baru yang diserap Ong Kim Swee ke dalam skuad Olimpik.
Kehadiran Fandi, 19, memberikan pilihan terbaru kepada Kim Swee di bahagian serangan yang diterajui Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Ali.
Selain Fandi, seorang lagi muka baru yang berada dalam senarai 26 pemain bagi mengikuti latihan dan pemilihan skuad Olimpik pada 29 Mei ialah pertahanan Terengganu, Muhammad Zubir Mohd. Azmi.
"Fandi seorang penyerang yang agresif dan kelebihan itu boleh membantu pasukan pada peringkat antarabangsa.
"Walaupun dia belum menjaringkan gol dalam saingan Liga Super, peranannya dalam pasukan cukup menyerlah tambahan pula dia baru sahaja dipinjamkan dari skuad Piala Presiden.
"Saya harap kehadirannya akan memberikan saingan kepada Fakri, Shakir dan penyerang-penyerang lain, paling penting dia dapat menambahkan lagi variasi serangan.
"Zubir pula, saya terpikat dengan persembahannya ketika Harimau Muda A menentang Terengganu bulan lalu. Dari situ saya fikir dia patut diberikan peluang.
"Dia sentiasa berada dalam kesebelasan utama Terengganu dan merupakan pemain bek kiri semulajadi yang baik, " katanya yang dihubungi, semalam.
No comments:
Post a Comment