Friday, May 6, 2011

Perlis sasar buru 3 mata malam ini

BIARPUN mengakui hanya memiliki 11 pemain dianggap berwibawa menggalas cabaran, namun Perlis bertekad memburu mata kemenangan apabila turun berdepan T-Team pada saingan pusingan kedua Liga Super di Stadium Utama Negeri Kangar, malam ini. 

Pengurus Perlis, Azhar Ahmad berkata pasukan secara dasarnya hanya memiliki 11 pemain yang dianggap sebagai tulang belakang sekali gus menyukarkan untuk menurunkan barisan terbaik apabila ada di antara pemain dilanda kecederaan.

“Ini terbukti ketika pasukan tewas dalam beberapa perlawanan lalu biarpun menunjukkan persembahan agak memberangsangkan dan berjaya mendahului lawan namun gagal mengekalkan rentak itu di babak kedua akibat masalah berkenaan,” katanya.Azhar berkata kegagalan demi kegagalan mengutip mata dalam perlawanan sebelum ini termasuk empat perlawanan di pusingan kedua setakat ini perlu dihentikan dengan menjadikan pertemuan dengan T-Team itu sebagai permulaan kepada kebangkitan. 

“Walaupun sedar bukan tugas mudah untuk menjayakan misi itu namun pasukan tidak boleh lagi terus dikecewakan, perlu kutip mata bagi memperbaiki kedudukan dalam carta sekali gus untuk keluar daripada zon penyingkiran,” katanya yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA). 

Singa Utara yang kini berada di kedudukan tercorot liga katanya, perlu keluar daripada situasi ‘berbahaya’ apabila berkemungkinan tersingkir ke Liga Perdana pada musim depan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...