KEDAH terpaksa akur kegagalannya menurunkan pemain lama dan berpengalaman bahagian serangan gara-gara kecederaan adalah punca mereka tewas 0-2 kepada pendahulu Liga Super, Kelantan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, malam kelmarin.
Namun begitu, jurulatih pasukan itu, Wan Jamak Hassan berpuas hati dengan permainan ditunjukkan kesebelasan anak buahnya itu.
“Saya terpaksa akur dengan keputusan itu bahawa kegagalan menurunkan pemain lama dan berpengalaman terutama di bahagian serangan akibat kecederaan punca kekalahan kita kepada Kelantan,” katanya.
Beliau juga akur kekuatan permainan ditunjukkan kesebelasan Red Warriors bawah bimbingan Datuk M Karathu ditambah dengan sokongan moral penyokong yang memenuhi stadium itu.
Beliau percaya kehilangan beberapa tonggak utama di barisan penyerang memberi kesan kepada corak permainan menentang pasukan tuan rumah Kelantan.
No comments:
Post a Comment