Pages

Friday, April 8, 2011

Azraai tetap taruh harapan tinggi

SEKALIPUN kecewa dengan persembahan pasukan yang tidak menunjukkan kebangkitan dengan terbaru tewas kepada Kuala Lumpur di halaman sendiri, Selasa lalu, Azraai Khor Abdullah tetap menaruh harapan tinggi anak buahnya bangkit dengan persembahan lebih bertenaga bagi merealisasikan kemenangan.


Justeru, ketua jurulatih itu tidak mahu anak buahnya patah semangat sebaliknya terus berusaha mempamerkan persembahan cemerlang ketika turun menentang Johor FC pada saingan Liga Super di Stadium Pasir Gudang, malam esok.

Beliau berharap pemain menanam azam yang tinggi untuk memberikan persembahan lebih meyakinkan dan seterusnya membantu pasukan memperbaiki kedudukan liga.




Menurutnya, sekalipun bakal berdepan tugas rumit selepas Johor FC menewaskan Kedah, Selasa lalu, beliau percaya pemain mampu mencatat kemenangan.

“Saya harap barisan depan diterajui Hairuddin Omar dan Ahmad Fakhri Saarani meningkatkan persembahan terutama dalam membuat penyudahan tepat ke pintu gol lawan,” katanya.

No comments:

Post a Comment