Menurutnya, pemain mengetahui mereka perlukan kemenangan mutlak.
“Mereka mesti faham permainan bola sepak ialah selama 90 minit dan bukan 45 minit seperti bertemu Johor FC.
“Saya juga akan melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama kerana beberapa pemain kebangsaan yang diturunkan gagal menyerlah.
“Saya memberi peluang kepada mereka ini tetapi sedihnya mereka gagal melaksanakan tugas dan mengecewakan ribuan penyokong Kedah,” kata Radhi.
Katanya, beliau sudah bersemuka dengan pemain negeri dan mahu perubahan segera dilakukan menentang Perlis.
“Agak malang apabila Khyril Muhymeen Zambri tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan lutut,” katanya.
No comments:
Post a Comment