Pages

Friday, April 15, 2011

Norshahrul terlepas aksi bertemu Sabah

IBARAT jatuh ditimpa tangga. Itulah rumusan yang boleh digambarkan kepada skuad bola sepak Liga Super Kelantan. 

Selepas dimalukan Perak 4-0 Selasa lalu, Sang Kijang menerima malang berganda apabila tidak dapat menggunakan khidmat penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada pertembungan menentang Sabah akibat penggantungan, Sabtu ini. 

Perkembangan ini meresahkan pengendali The Red Warriors, Datuk M Karathu kerana mereka dalam usaha mengejar kemenangan bagi menjamin kedudukan di puncak liga selepas di pintas Selangor. 

Selain Norshahrul, penyerang kebangsaan, S Chanturu dan Mohd Nizab Ayob juga berada dalam senarai pemain yang terlepas aksi penting itu. 

Kelantan perlu mempamerkan kebangkitan drastik dengan menumpaskan pasukan Sabah di Kota Bharu, yang kini menghuni dua tangga tercorot liga. 

Namun, wakil Kepulauan Borneo itu bukan calang-calang pasukan kerana pernah mencalarkan rekod bersih skuad Seladang musim ini pada pertemuan liga, 9 April lalu. 

Segala-galanya terpulang kepada kebijaksanaan Karathu menyusun strategi pasukan untuk bangkit daripada kekalahan, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment