Pages

Friday, April 15, 2011

Apex azam tebus aib

PENJAGA gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berazam menebus aksi hambarnya semasa dibelasah Perak 4-0 pada perlawanan Liga Super, Selasa lalu. 

Menurutnya, prestasinya sedikit menurun dan tidak berada dalam keadaan terbaik seperti perlawanan lalu. 

“Saya akui tidak mempamerkan aksi mantap seperti beberapa perlawanan sebelum ini. 

“Bolos 4-0 merupakan satu jumlah jaringan yang besar, namun kami menerima kekalahan ini dengan hati terbuka,” katanya. 

Khairul Fahmi berkata, misi selepas ini adalah membantu rakan sepasukan mencatat kemenangan mengatasi skuad Badak nanti.

No comments:

Post a Comment