Pages

Saturday, May 7, 2011

Lubnan lawan misteri

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee terus mencari jalan menjejaki pasukan ‘misteri’ Lubnan yang bakal ditentang pada pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 Jun ini.

Beliau sehingga kini menganggap Lubnan pasukan misteri kerana masih tidak mengetahui sejauh mana kekuatan lawannya itu sekali gus menyukarkannya untuk mencongak strategi bagi aksi pertama di Stadium Sport City, Beirut pada 19 Jun.

“Masih misteri lagi, kerana saya belum mendapat banyak maklumat mengenai mereka. Setakat ini maklumat awal yang saya peroleh, Lubnan akan bertandang ke Turki dan mengadakan perlawanan ujian dengan skuad Olimpik negara itu. “Memang kalau ada masa saya mahu menyaksikan Lubnan bermain, mungkin mereka akan mengadakan perlawanan itu pada penghujung bulan ini atau awal bulan depan, tapi maklumat itu belum rasmi,” katanya.


Kim Swee yang turut menggalas tugas membimbing skuad Liga Super, Harimau Muda A yang menjadi teras skuad Olimpik negara mengambil pendekatan berhati-hati dengan ancaman Lubnan meskipun dari segi ranking dunia, negara itu kini menduduki tangga ke-169 berbanding Malaysia ke-138.

Ini kerana beliau menganggap Lubnan bukan calang-calang pasukan berdasarkan rekod sebelum ini apabila melangkah ke pusingan terakhir kelayakan Olimpik Beijing 2008.


“Lubnan diletakkan dalam pasukan pilihan dan sudah pastinya perlawanan dengan pasukan ini satu tugas besar buat kami,” kata Kim Swee. Skuad negara yang melepasi halangan pusingan pertama menerusi agregat 2-0 ke atas 

Pakistan akan bertandang ke Beirut terlebih dulu sebelum beraksi di arena sendiri pada 23 Jun.

Bagi menghadapi tugas mencabar itu, Kim Swee sudah mengatur persiapan rapi dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik Kemboja di Phnom Penh pada 7 Jun sebelum berkunjung ke Doha bagi sesi latihan pusat dan menentang skuad Olimpik Qatar pada 13 Jun.

Malah beliau sudah mengeluarkan senarai 26 pemain yang akan menjalani latihan bersama skuad termasuk memanggil dua muka baru, Fandi Ahmad (Johor FC) dan Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).

No comments:

Post a Comment