PKNS tidak akan mengambil mudah cabaran Tentera pada pertemuan tunggal Liga Perdana di Stadium Selayang malam ini, walaupun pasukan kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu selesa mendahului carta liga dengan kelebihan tujuh mata di depan pencabar terdekat, Sarawak.
Selepas 15 perlawanan, PKNS mengumpul 39 mata dengan merakam kemenangan pada lima perlawanan terakhir sambil mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini, tetapi keputusan seri tanpa jaringan dengan Tentera pada pusingan pertama lalumembuatkan Abdul Rahman mengambil pendekatan berwaspada.

“Kami tidak akan mengulangi kesilapan dulu di mana kami gagal menghasilkan jaringan dan membiarkan lawan melakukan beberapa percubaan,” kata pengendali PKNS itu.“Dengan saingan semakin ke penghujung, kami tidak mahu mengambil risiko tercicir mata walaupun dianggap selesa di persada liga dengan kelebihan tujuh mata, tambahan pula Sarawak turut mempamer aksi memberangsangkan pada pusingan kedua ini.”
Namun Tentera yang dikendali Mohamad Zahid Hashim, yakin mampu menampilkan kejutan ke atas pendahulu liga itu berdasarkan rekod pertemuan lalu.
“Pada perlawanan pusingan pertama liga lalu, Tentera mencipta banyak peluang tetapi gagal menyempurnakannya.
Jika barisan penyerang dan pertahanan mampu bermain lebih baik, kami yakin meraih kemenangan.
Sasaran utama ialah menyertai kelompok empat teratas dan peluang terbaik ialah dengan mengalahkan pendahulu liga,” kata Zahid.
Dengan V Jaganathan yang meledak empat gol, Venice Elphi Dannykaya dan Fatrurazi Rozi (dua gol), Tentera yakin pertemuan malam ini berlangsung sengit.

No comments:
Post a Comment