Sumber: Metro Online
Pemain import Johor Darul Takzim, Simone Del Nero akan diturunkan
sebagai pemain utama selepas pulih daripada kecederaan apabila melayani
kunjungan T-Team pada saingan Liga Super di Stadium Larkin, malam ini.
Del Nero yang tidak beraksi pada empat perlawanan lalu termasuk
saingan Piala FA sebelum saingan liga elit domestik berehat selama tiga
minggu, pulang ke Itali bagi mendapat rawatan kecederaan yang dialami
dan kini sudah cergas sepenuhnya dan bersedia diturunkan menentang skuad
bimbingan Peter Butler.