Showing posts with label Mohd Fitri Omar. Show all posts
Showing posts with label Mohd Fitri Omar. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

Perak ibarat jatuh ditimpa tangga, T-Team raih kemenangan percuma

Sumber: Utusan Malaysia

PETALING JAYA - Nasib Perak ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Sudahlah menduduki tangga tercorot Liga Super ketika ini, satu mata yang diperoleh ketika seri 1-1 dengan T-Team pada 22 Mac lalu dibatalkan selepas pasukan itu didapati bersalah menurunkan pemain yang beraksi kurang daripada tempoh 48 jam.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat semalam mendapati Bos Gaurus bersalah dan memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada T-Team.

Pengumuman JKPT itu bermakna The Titans mendapat dua mata tambahan, namun ia bagaikan malapetaka buat Perak yang buat masa ini berada di tangga tercorot dan kini kehilangan satu mata yang menjadikan sekadar tujuh mata sahaja diraih anak-anak buah Abu Bakar Fadzim.

Thursday, April 3, 2014

Red Warriors tak daftar nama Wan Zack

Sumber: Utusan Malaysia
'
PETALING JAYA - Peminat Wan Zack Haikal Wan Noor tidak akan menyaksikan pemain itu beraksi untuk baki musim Liga Malaysia apabila namanya tidak berada dalam senarai pendaftaran kedua skuad The Red Warriors.

Setakat ini, hanya Brendan Gan dan Mohd. Fitri Omar sahaja didaftarkan oleh Persatuan Bola­sepak Kelantan (Kafa) kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut Naib Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, pihaknya hanya menerima dua pendaftaran pemain tempatan oleh Kelantan iaitu Mohd. Fitri Omar dan Brendan manakala Lim Choon Wee digugurkan.

Saturday, March 23, 2013

Tiga pemain ATM digantung

Sumber: Metro Online

Pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akhirnya menerima padah susulan keadaan tegang dan pergaduhan yang turut membabitkan pemain Selangor pada pusingan pertama Piala FA, Januari lalu.

ATM difahamkan mendapat berita mengenai penggantungan terbabit kelmarin dengan pemain pertahanan Mohd Fitri Omar digantung empat perlawanan dan denda RM1,000 manakala G Jeevanthan dan R Surendran masing-masing digantung tiga perlawanan berserta denda RM1,000 dan RM1,500.

Mohd Shukor Adan yang difahamkan tidak mengaku salah turut digantung dua perlawanan selain denda RM1,500 dengan kapten pasukan Hairuddin Omar diberikan amaran keras.

Wednesday, April 18, 2012

ATM waspada ancaman Pahang


MARLON (kiri) meledak hatrik ketika membantu ATM membelasah NS Betaria 7-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka kelmarin.

JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan tidak mahu terlalu gembira dengan kejayaan skuad kendaliannya membelasah Negeri Sembilan (NS) Betaria FC 7-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Hang Tuah, Melaka kelmarin.
Pemain import dari St Vincent, Marlon Alex James menjadi wira ATM apabila melakukan hatrik pada minit ke-19, 56 dan 79.

Wednesday, August 3, 2011

T-Team tidak gentar berdepan gergasi

JURULATIH T-Team, Yunus Aliff tidak gentar jika skuad kendaliannya diundi berada dalam satu kumpulan bersama pasukan berstatus gergasi seperti Sela- ngor, Kelantan pada kempen Piala Malaysia.
Yunus turut mengakui, anak-anak buahnya juga sudah bersedia andai turut diundi bersama 'abang' mereka, Terengganu.
Pengendali pasukan berstatus kelab itu percaya pasukannya tidak dapat mengelak daripada membuat perhitungan dengan ketiga-tiga pasukan tersebut jika mahu muncul sebagai juara Piala Malay- sia yang baharu nanti.
Justeru Yunus berharap agar skuadnya yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman, mampu mencipta kejutan seterusnya menjulang Piala Malaysia tahun ini.
"Dengan berbekalkan pengalaman ketika menentang pasukan-pasukan itu ketika beraksi dalam kempen Liga Super, saya percaya setiap pemain T-Team sudah mengenal pasti setiap kekuatan dan kelemahan pasukan lawan.
"Barisan T-Team dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Indra Putra (Mahayuddin) dan dia dijangka mampu mengemudi pemain-pemain muda untuk menjulang kejayaan kali ini," ujarnya.
Menurut Yunus, pasukan bimbingannya yang kini dalam persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia, menjalani latihan seperti biasa.
"Sesi latihan selam sejam setengah tetap dijalankan sepanjang bulan Rama- dan ini dan di bahagikan kepada dua sesi iaitu siang dan malam.
"Ini untuk memastikan tahap kecerga- san pemain berada dalam prestasi terbaik," katanya.
Bagi memperkuat cabaran T-Team, Yunus berjaya melamar penjaring terbanyak Liga Premier dari pasukan MP Muar, Mohd. Fitri Omar.
Selain Fitri, T-Team turut 'mengimport' dua lagi pemain iaitu penjaga gol Pos Malaysia, Mohd. Jibrail Kamaron Baharin dan Mohd. Faiz Subri dari Perlis.
"Kita pinjam dua pemain penyerang dan seorang penjaga gol bagi melengkapkan pasukan T-Team dalam menghadapi saingan liga berprestij itu," katanya.
Yunus berkata, tiga pemain skuad Piala Presiden T-Team turut disenaraikan untuk membantu pasukan berstatus kelab itu.
Pemain berkenaan ialah Kamarul Bahrin Abdullah (tengah), Al- Amin Jusoh (pertahanan) dan Khairo Anuar (penjaga gol).

Sunday, July 10, 2011

Hadi, Fitri peledak terbaik

pix_gal0


WAJAH ceria ini jelas menceritakan segala-galanya. Semalam, Abdul Hadi Yahaya (kanan) dari Terengganu dan Fitri Omar masing-masing menerima Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak buat menyuntik semangat baru dalam kerjaya bola sepak mereka.

Mereka menerima pengiktirafan itu di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.
Abdul Hadi tunjuk belangnya dengan meledakkan empat gol pada perlawanan terakhir Liga Super bertemu FELDA United untuk mengumpul jumlah 20 gol musim ini - memintas penyerang bintang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang ketinggalan satu gol walaupun meledak dua gol pada perlawanan terakhir menentang Sabah di Kota Kinabalu, tempoh hari.


Sementara itu, saingan Liga Perdana menyaksikan Fitri - tonggak kelab MP Muar mengungguli kedudukan penjaring dengan 16 gol walaupun pasukan diwakilinya sekadar menamatkan saingan di tangga kelapan.

Kancah Liga Malaysia musim ini menutup tirainya dengan menyaksikan Kelantan muncul juara Liga Super dan PKNS menjuarai Liga Perdana. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...