Sumber: Harian Metro
Kangar: Kejayaan 100 peratus direkodkan dalam empat perlawanan
persahabatan termasuk mengatasi Harimau Muda B, menyuntik semangat
jurulatih Reduan Abdullah untuk memastikan skuad Singa Utara tidak
mengecewakan pada kempen Liga M 2014.
Begitupun, Reduan mengakui tidak boleh terlalu berbangga dengan
pencapaian yang dicatat anak didiknya kerana ianya sekadar perlawanan
persahabatan.