Showing posts with label Safi Alfatah. Show all posts
Showing posts with label Safi Alfatah. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Khyril yakin Safi mampu ubah nasib Kenari


Harian Metro

PENYERANG utama Kedah, Khyril Muhymeen Zambri yakin kehadiran tonggak tengah Safi Alfatah akan mencerahkan harapan mereka melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA musim ini dengan meraih kemenangan ke atas Kelantan di Stadium Darulaman, malam ini.


Menurutnya, walaupun terpaksa beraksi tanpa khidmat Safi pada perlawanan separuh akhir pertama di Kota Bharu, mereka berjaya mengikat lawan untuk seri 1-1 dan kehadiran semula pemain berasal dari Perancis itu pasti akan membuka peluang untuknya dan rakan penyerangnya Vedran Gerc membocori gawang Kelantan.

Friday, April 27, 2012

Wan Jamak resah tunggu status dua tonggak



ALOR SETAR - Kedah yang mengintai aksi akhir Piala FA buat kedua dalam tempoh tiga tahun dilanda keresahan apabila hasrat untuk membariskan kesebelasan utamanya masih samar berikutan Safi Alfatah dan V. Thirumurugan belum pasti pulih daripada kecederaan menjelang perlawanan separuh akhir kedua minggu depan.

Kehadiran semula dua pemain tonggak itu ditagih Sang Kenari bagi membolehkan jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan merumuskan percaturan terbaik untuk menghadapi Kelantan di Stadium Darul Aman pada 1 Mei ini.

Friday, April 13, 2012

Safi minta rakan bangkit benam Sarawak

SAFI (kanan)  tekad tebus kekalahan di Stadium Hang Jebat, Jumaat lalu  dalam saingan Liga Super di hadapan ribuan penyokong Hijau Kuning di Stadium Darulaman.
SAFI (kanan) tekad tebus kekalahan di Stadium Hang Jebat, Jumaat lalu dalam saingan Liga Super di hadapan ribuan penyokong Hijau Kuning di Stadium Darulaman.


PEMAIN import Kedah, Safi Abdelfatah meminta semua rakan sepasukan melupakan segera kekalahan di Stadium Hang Jebat, Jumaat lalu, sebaliknya mengerah keringat dan ilham untuk melakar semula kemenangan menjelang pertemuan dengan Sarawak di laman sendiri, malam ini. 

Dia akur masih terasa kekalahan 0-2 kepada Felda United tapi beranggapan ia adalah asam garam permainan bola sepak dan bertekad menebus segera detik itu dalam saingan Liga Super di hadapan ribuan penyokong Hijau Kuning di Stadium Darulaman.




Saturday, March 24, 2012

Khyril Muhymeen tetap jadi sandaran Kedah

BH Online 


PENJARING terbanyak pasukan Hijau Kuning, Khyril Muhymeen Zambri yakin mampu meneruskan kecemerlangan meledak gol pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA bertemu T-Team di Stadium Darulaman malam ini, setelah menemui semula sentuhan jaringan. 

Menurutnya, kemasukan tonggak tengah Safi Abdelfatah berjaya membuka banyak peluang baginya mencipta gol, dan berharap Kedah akan membawa bekalan gol yang selesa sebelum timbal balik kedua di Kuala Terengganu, Selasa depan. 


Monday, March 5, 2012

Semangat Kedah membara selepas benam Selangor


Harian Metro

“GOL ini adalah untuk peminat nombor satu Hijau Kuning, Yang Dipertuan Agong serta ribuan penyokong Kedah,” kata penjaring gol kemenangan Kedah, Safi Alfatah.


Jaringan itu memastikan Kedah berjaya menenggelamkan kehebatan Selangor dalam saingan Liga Super dengan kemenangan 1-0, kelmarin. Menurut Safi, dia hanya mengetahui daripada rakan sepasukan mengenai kehadiran Sultan Abdul Halim Mu’adzam menyaksikan perlawanan itu di Stadium Darulaman selepas perlawanan kelmarin.



Sunday, March 4, 2012

Penyu hambat Kelantan

Foto
PEMAIN Perak, Lazar Popovic (kiri) dihalang pemain PKNS pada di Stadium Petaling Jaya di sini, malam tadi.
Foto
PEMAIN dari Terengganu, Mohd Ashari (kiri) berjaya merebut bola dari pemain Kuala Lumpur, Muhd Syafiq pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Foto
PEMAIN Sabah, Zainizam Marjan dihalang pemain Johor FC, Ahmad Fauzi Saari (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.

 Kedah cipta kejutan benam Selangor

TERENGGANU terus mengancam pendahulu Liga Super, Kelantan apabila merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur di gelanggang lawan, malam tadi pada hari yang menyaksikan Kedah bangkit garang mencipta kejutan besar membenam Selangor di Alor Setar.

Apa pun, kemenangan Terengganu gagal membantu mereka memintas The Red Warriors kerana perbezaan jaringan walaupun kedua-dua pasukan pantai Timur itu terikat 17 mata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...