Sumber: Utusan Malaysia
'
PETALING JAYA - Peminat Wan Zack Haikal Wan Noor tidak akan menyaksikan pemain itu beraksi untuk baki musim Liga Malaysia apabila namanya tidak berada dalam senarai pendaftaran kedua skuad The Red Warriors.
Setakat ini, hanya Brendan Gan dan Mohd. Fitri Omar sahaja didaftarkan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menurut Naib Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, pihaknya hanya menerima dua pendaftaran pemain tempatan oleh Kelantan iaitu Mohd. Fitri Omar dan Brendan manakala Lim Choon Wee digugurkan.