Showing posts with label Shafizan Hashim. Show all posts
Showing posts with label Shafizan Hashim. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Barisan Kedah hampir lengkap

Sumber: Harian Metro

Alor Setar: Senarai penuh barisan pemain tempatan yang akan membarisi skuad Kenari untuk saingan Liga Perdana musim depan dijangka diumum selepas Mesyuarat Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), esok.

Setiausaha Kehormat KFA Aminuddin Omar berkata, setakat ini senarai pemain tempatan sudah hampir lengkap termasuk dua tonggak utama musim lalu Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Baddrol Bakhtiar.

Thursday, July 11, 2013

N Sembilan, FELDA layak Piala Malaysia

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Negeri Sembilan dan FELDA United memastikan tiket terakhir untuk melengkapkan 16 pasukan bersaing dalam kancah Piala Malaysia 2013 apabila menewaskan lawan masing-masing dalam aksi play-off yang berlangsung semalam.

Juara tiga kali Piala Malaysia, Negeri Sembilan mengenepikan Sabah dengan kemenangan 4-0 dalam aksi penentuan di Stadium Shah Alam sekali gus memastikan skuad Rusa berpeluang menebus maruah mereka selepas menamatkan saingan di tempat tercorot Liga Super musim ini dan bakal beraksi di Liga Perdana musim depan.

Saturday, December 17, 2011

Johor FC dituntut ubah nasib


Harian Metro

KOS perbelanjaan mencecah RM5 juta diharap mampu mengubah nasib Johor FC yang gagal mempamer aksi terbaik musim lalu menghadapi saingan Liga Super 10 Januari ini.


Pengurus baru skuad Lebah, Wan Nizam Wan Omar mengesahkan pengurusan kelab mensasarkan sekurang-kurang satu piala mampu dirangkul selepas berbelanja agak besar dengan pengambilan 11 pemain import tempatan dan dua pemain import dari Brazil.

Katanya, 10 pemain sedia ada masih dikekalkan manakala 11 pemain dibawa masuk bagi menguatkan bahagian tengah dan serangan yang agak kurang menyerlah pada saingan liga lalu.




“Dua pemain import dari Brazil, Tito Da Silva dari kelab Parana akan beraksi di posisi tengah manakala Tiago Leal dari kelab Oeste FC menguatkan barisan serangan.

“Pengambilan pemain dilakukan oleh jurulatih baru K Devan yang dibantu Azmi Mohamad dan saya yakin mereka mampu mengubah nasib Johor FC.


“Persiapan akhir juga sedang giat dilaksanakan dan beberapa siri perlawanan persahabatan diatur menentang Betaria FC dari Negeri Sembilan di Pasir Gudang, petang esok,” katanya.




Wan Nizam juga menambah kehadiran dua bekas pemain Kedah, Ahmad Fauzi Shaari dan Shafizan Hashim mampu menguatkan barisan tengah dan posisi bek kanan skuad Lebah selain kelibat Harris Safwan memulihkan kesuraman jentera serangan. Benteng juga turut diperkuatkan dengan kehadiran Mohd Khairunnisam Shahabuddin Hussin dan bekas kapten Johor, Ismail Suboh.

“Sudah tiba masanya Johor FC yang berwajah baru mampu menggamitkan kehadiran penyokong memberi sokongan padu selepas mereka agak kecewa dengan prestasi lalu,” kata Wan Nizam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...