Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts

Friday, November 22, 2013

Red Warriors masih ada kualiti

Sumber: Utusan Malaysia
 
KOTA BHARU - Pengendali baharu Kelantan, Steve Darby percaya, skuad Red Warriors masih memiliki kualiti biarpun kehilangan ramai tonggak utama apabila menghadapi musim 2014.

Selepas merangkul kejuaraan treble pada 2012, Kelantan hanya mampu meraih gelaran Piala FA musim ini. Mereka melepaskan mahkota Liga Super kepada LionsXII, sebelum kalah kepada Pahang dalam final Piala Malaysia.

Thursday, October 31, 2013

Misi besar Apek

Foto

Sumber: harian Metro
 
Kota Bharu: Penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat mengaku perlu membuat persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk menyelamatkan sepakan penalti jika terikat dengan keputusan seri berdepan Pahang, Ahad ini.

Khairul Fahmi berjanji menggunakan pengalamannya untuk menyelamatkan gawang dan mengaku perlukan kekuatan mental jika perlawanan diheret ke masa masa tambahan atau penentuan penalti.

Tuesday, August 20, 2013

Penjaga gol TRW tak sihat

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Kelantan menghadapi masalah saat akhir menghadapi perlawanan pertama menentang Pahang dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam ini apabila keempat-empat penjaga golnya tidak sihat termasuk dua tonggak.

Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak mengesahkan keempat-empat penjaga gol termasuk penjaga gawang utama, Khairul Fahmi Che Mat berada pada tahap kurang memuaskan kerana demam.

Friday, August 16, 2013

Hodak tak puas hati

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Jurulatih Kelantan Bojan Hodak tidak puas hati dengan beberapa tonggak utama yang baru pulang daripada mewakili skuad kebangsaan selepas tewas 0-1 kepada ATM pada perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu, malam kelmarin.

Antara pemain utama yang dipanggil menyarung jersi pasukan kebangsaan adalah Nik Shahrul Azim Ab Halim, Shakir Shaari, Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani, Azizi Mat Rose dan Mohamad Norfarhan Muhammad.

Monday, August 12, 2013

Apek mengaku silap

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Skuad kebangsaan berjaya mengekang asakan Barcelona selama setengah jam dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin, namun tandukan Cesc Fabregas pada minit ke-33 sedikit merencatkan cerita indah tersebut malah ada peminat bola sepak mengatakan ia berpunca daripada kesilapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Malah di laman sosial, Facebook juga perkara tersebut hangat diperdebatkan, dengan ada yang mengutuk kelalaian Khairul Fahmi dan ada yang mempertahankannya dengan memberi alasan ia munasabah kerana Malaysia berdepan pasukan terbaik dunia.

Monday, July 15, 2013

Kelantan hilang 6 tonggak hadapi Tampines Rovers

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Juara Piala FA, Kelantan yang bakal membawa cabaran negara pada Kejohanan Kelab FAM-FAS terpaksa menelan kepahitan apabila tidak dapat menggunakan enam tonggak yang kini bersama Harimau Malaya apabila melayani juara Liga Singapura 2012, Tampines Rovers pada 12 Ogos ini.

Semuanya gara-gara jarak masa perlawanan yang terlalu rapat dengan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan Barcelona pada 10 Ogos, iaitu hanya dibezakan dua hari.

Ini mungkin membuatkan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tidak sanggup mengambil risiko menurunkan mana-mana daripada enam pemain terbabit.

Tuesday, March 12, 2013

Arab Saudi ukur kemampuan kita

Sumber: Utusan Online

K. Rajagobal cuba merampas bola daripada kawalan pemain skuad kebangsaan, Abdul Manaf (kiri) dalam latihan pasukan Harimau Malaya di padang Wisma FAM, Petaling Jaya, semalam. Malaysia akan menentang Arab Saudi pada perlawanan persahabatan 17 Mac ini. - UTUSAN/Izham Jaafar

PETALING JAYA - Bukan persahabatan biasa, tetapi ukuran awal menguji tahap pemain.

Itu penjelasan jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal selepas ditanya tentang persiapan anak-anak buahnya menguji kemampuan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 17 Mac ini.

Thursday, January 3, 2013

Apek kecewa tak dapat beraksi

Sumber: Metro Online
 
PENJAGA gawang utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kecewa tidak dapat beraksi pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, kerana tarikh itu bertembung dengan majlis perkahwinannya.
 
Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berkata, meskipun baru bergelar suami dan masih dalam kegembiraan selepas dinikahkan pada 28 Disember lalu, dia tetap kecewa tidak dapat beraksi berikutan perlu menguruskan majlis perkahwinannya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada hari sama.

Saturday, December 29, 2012

'Perkahwinan tidak jejas prestasi saya'




TUMPAT - Penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, menegaskan perkahwinannya dengan pemilik butik dan model Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, tidak akan menjejaskan prestasinya sebagai seorang pemain bola sepak negara dan Kelantan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Apek berkata, perkahwinan tersebut harus dipandang positif kerana ia akan membangkitkan lagi semangatnya untuk beraksi di atas padang.

Tuesday, December 4, 2012

Khairul Fahmi tidak kecewa



KUALA LUMPUR - Tidak kira sama ada diturunkan pangkat menjadi penjaga gol No. 2 di belakang Farizal Marlias, semangat dan fokus Khairul Fahmi Che Mat hanyalah satu iaitu melihat skuad kebangsaan terus melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Suzuki AFF.

Menurut penjaga gol Kelantan itu, dia akan sentiasa fokus di sepanjang kejohanan walaupun tidak diturunkan dalam kesebelasan utama ketika bertemu Laos dan Indonesia.

Tuesday, November 27, 2012

'Bukan sebab persiapan perkahwinan saya'

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (kanan) mententeramkan Khairul Fahmi selepas berakhir perlawanan menentang Singapura dalam saingan Piala Suzuki AFF, kelmarin. Malaysia tewas 0-3. - REUTERS


KUALA LUMPUR - Gagal mempamerkan persembahan cemerlang dan melakukan kesilapan bukanlah disebabkan fikirannya melayang memikirkan persiapan perkahwinan, tegas penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat.

Kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin dikatakan berpunca daripada Khairul Fahmi Che Mat terutamanya ketika pasukan jiran menjaringkan gol kedua.

Sunday, November 25, 2012

Prestasi saya masih terbaik’



KUALA LUMPUR - ‘‘Jika saya sibuk memikirkan soal cinta, tidak mungkin saya boleh membantu Kelantan menjuarai treble pada musim ini," tegas penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Selain mempertahankan keputusan mengadakan sidang media perkahwinannya dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Rabu lalu, Khairul Fahmi menggesa para peminat jangan terlalu risau yang fokusnya terganggu dengan urusan peribadi.

‘‘Soal saya mengadakan sidang media mengenai perkahwinan ketika skuad ini sedang melakukan persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF tidak perlu timbul.

Thursday, November 22, 2012

Moral kami tinggi - Khairul Fahmi



KUALA LUMPUR - Khairul Fahmi Che Mat tetap mementingkan perjuangan dalam Piala Suzuki AFF 2012 walaupun sempat 'mencuri' sedikit masa untuk membuat pengumuman tentang majlis perkahwinannya pada 29 Disember ini.

Semalam, bertempat di Hotel Royale Bintang Damansara yang juga bakal menjadi salah satu lokasi majlis resepsi untuk majlis perkahwinannya, penjaga gol skuad kebangsaan itu mengumumkan hasrat menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan.

Monday, November 19, 2012

'Sepak terajang' tak patahkan semangat


Tonggak Harimau Malaya, (duduk dari kiri) Norshahrul Idlan Talaha, Mohd. Safiq Rahim, K. Rajagobal (ketua jurulatih), Mohd. Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat melayani peminat pada sesi bertemu penyokong di AEON Jusco Bukit Raja Klang, semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah


KLANG - Walaupun 'disepak terajang' dengan pelbagai kritikan dalam persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF, namun kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim tetap optimis Malaysia mampu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2010.

Tegas Safiq, segala kritikan tidak menjatuhkan moral dia dan rakan-rakan, sebaliknya menganggap ia sebagai pembakar semangat.

"Kejayaan 2010 merupakan detik paling manis dan bermakna bagi semua ahli pasukan dan penyokong bola sepak negara, jadi bagi mengulanginya saya amat menagih sokongan peminat agar hadir memenuhi segenap ruang stadium memberi sokongan padu kepada kami.

Friday, November 16, 2012

Fahmi anggap kesilapan tak jejas prestasi


Harian Metro

KHAIRUL Fahmi Che Mat dilabel penjaga gol terbaik negara pada masa ini namun kesilapan yang dilakukan pada saat akhir meragut peluang Harimau Malaya meraih kemenangan ke atas Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa semalam.

Namun Khairul Fahmi tidak menganggap kesilapan yang mengecewakan itu akan menjejaskan keyakinan dirinya untuk mengharungi kempen mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki bermula 25 November ini.

“Dalam bola sepak macam-macam boleh terjadi dan kami perlu belajar daripada kesilapan ini. Kesilapan ini memang mengecewakan tapi saya tak boleh terlalu memikirkannya, saya perlu beri tumpuan kepada perlawanan seterusnya,” katanya.

Thursday, November 15, 2012

Harimau makin hilang taring



SHAH ALAM - Hanya 10 hari lagi menjelang Piala Suzuki AFF, prestasi Harimau Malaya terus mencetuskan kebimbangan apabila hanya mampu sekadar seri 1-1 dengan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Duka kekalahan kepada Vietnam dan Thailand sebelum ini nampaknya belum cukup menyedarkan anak-anak buah Datuk K.Rajagobal, sebaliknya terus terkial-kial untuk mencari rentak menyakinkan yang begitu ketara dalam aksi malam tadi.

Lebih kecewa Harimau Malaya mempersia-siakan peluang untuk memenangi perlawanan di hadapan 5,000 penonton walaupun pasukan lawan beraksi dengan 10 pemain selepas Lee Chi Ho mendapat kad merah lapan minit sebelum permainan tamat, apabila Hong Kong mencuri gol penyamaan pada minit ke-88 melalui Lam Hok Hei.

Tuesday, November 6, 2012

‘Khairul tidak harus dipersalahkan’


Harian Metro

KEPUTUSAN terletak kepada pengendali negara, Datuk K Rajagobal, namun Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Farizal Marlias sentiasa mendapat kepercayaan jurulatih penjaga gol skuad negara, Mohd Fauzi Mukhlas untuk mengawal benteng terakhir skuad negara bagi aksi persahabatan menentang Thailand di Bangkok, malam esok.

Katanya, beliau sentiasa menaruh kepercayaan kepada semua penjaga gol yang dipilih bagi menggalas tugas.

“Mereka yang terbaik di negara kita. Tidak kira siapa diturunkan, saya harap mereka sentiasa menunjukkan kematangan,” katanya yang kini bersama skuad kebangsaan di negara Gajah Putih itu selepas aksi persahabatan menentang Vietnam di Hanoi, Sabtu lalu.

Friday, November 2, 2012

Khairul sahkan tidak dapat tawaran


Harian Metro

PENJAGA Gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengesahkan belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan dan tidak memasang impian berhijrah ke pasukan lain musim depan.

Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia selesa bersama pasukan yang kini menjadi gergasi bola sepak negara dan mahu kekal bersama The Red Warriors (TRW) “Saya masih hormati kontrak bersama Kelantan yang masih berbaki dua tahun biarpun beberapa rakan lain kini diburu negeri lain.

Tuesday, October 30, 2012

Mat Yo, Pemain Paling Bernilai


Sumber: arena.my

Pasukan Kelantan dan ATM mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012 apabila wakil dari kedua-dua pasukan itu memenangi pelbagai anugerah yang ditawarkan.

Pasukan Kelantan dinobatkan Persatuan Bola Sepak Terbaik, manakala dua pemainya turut meraih anugerah masing-masing. 

Khairul Fahmi Che Mat menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik manakala Norshahrul Idlan Talaha dipilih sebagai Penyerang Terbaik buat kali ketiga berturut-turut selain menerima Anugerah Supermokh, iaitu Pemain Paling Bernilai.

Sunday, October 28, 2012

Pemain Kelantan kuasai pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012


KUALA LUMPUR - Pemain dari pasukan Kelantan, yang merangkul gelaran trebel musim ini, menguasai senarai pendek calon untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena FAM 2012.
    
Pasukan Pantai Timur itu, yang meraihkan gelaran Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini, mempunyai pemain dalam kesemua lapan kategori pada majlis penyampaian anugerah pada Selasa ini di Shah Alam.
    
Acara tahunan itu, yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bertujuan mengiktiraf pencapaian pemain tempatan sepanjang musim ini, menurut kenyataan penaja bersama, F&N Beverages, di sini hari ini.
    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...