Showing posts with label Lelo Mbele. Show all posts
Showing posts with label Lelo Mbele. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Selangor intai awang Afrika


Harian Metro

TANPA sekalipun beraksi dalam kempen Liga Super musim ini, penyerang import Selangor dari Congo, Lelo Mbele sudah ditunjukkan jalan keluar oleh majikannya itu yang tampak tidak lagi boleh bersabar menantikan aksi terbaiknya.

Mbele, 24, yang pada mulanya diharap dapat membantu masalah jentera serangan Gergasi Merah selepas prestasi hambar musim lalu gagal meyakinkan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim dan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) biarpun dia kembali pulih selepas pembedahan paha kiri.


Menurut Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin, pihaknya membuat keputusan menamatkan kontrak Mbele dan kini sedang mengintai pemain terbaik menggantikan tempat pemain itu.



“Kontrak Mbele sudah ditamatkan dan kami akan mencari pemain import baru untuk menggantikannya. Keputusan ini dibuat kerana tahap kecergasannya yang tidak memuaskan.


“Buat masa ini kami sudah menyenaraikan empat hingga lima pemain dari Afrika dan Eropah untuk dipanggil bagi menjalani ujian pemilihan minggu ini. Kami harap akan dapat mencari pemain baru sebelum tarikh pendaftaran pemain import ditutup pada 13 Februari depan,” katanya.



FAS sebelum ini tetap bersungguh-sungguh menawarkan kontrak kepada Mbele yang pernah bersama kelab Arab Saudi, Al-Hilal dan kelab Afrika Selatan, Orlando Pirates biarpun mengetahui dia mendapat kecederaan serius ketika mewakili Al-Nasr Benganzi musim lalu.



Ternyata harapan tinggi FAS kepada Mbele akhirnya lebur begitu saja apabila pemain itu tidak dapat beraksi pada awal kempen musim ini yang menyaksikan Selangor menghuni tangga kelapan liga selepas empat perlawanan dengan memungut lima mata.


Bagaimanapun Hamidin menegaskan faktor ketiadaan pemain import yang berkualiti dalam skuadnya selain pemain pertahanan Lubnan, Ramez Dayoub bukan satu alasan kerana mereka memiliki barisan pemain tempatan terbaik.



“Saya sudah memberi kata dua kepada pemain supaya bangkit memperbaiki persembahan kerana kami meraih dua keputusan kurang memberangsangkan dalam dua perlawanan terakhir. 

“Pemain seperti Safiq Rahim, Amirul Hadi (Zainal) dan Amri (Yahyah) tidak mempamerkan kemampuan sebenar dan mereka perlu bangkit,” katanya.

Thursday, January 19, 2012

Mbele mungkin terpaksa pulang awal


Lelo Mbele dipilih mewakili Selangor hanya berdasarkan aksi menerusi rakaman video tanpa melalui ujian pemilihan.

KUALA LUMPUR - Khidmat bintang import dari Congo, Lelo Mbele dijangka ditamatkan lebih awal selepas jurulatih Selangor, Irfan Bakti, mendapati persembahan pemain berumur 24 tahun itu gagal menepati jangkaan.

Friday, January 6, 2012

Mbele tak cukup cergas



KUALA LUMPUR - Harapan penyokong Red Giants untuk menyaksikan kelibat penyerang import dari Congo, Lelo Mbele pada perlawanan pertama Liga Super menentang Negeri Sembilan 10 Januari ini mungkin tidak kesampaian.

Walaupun diturunkan ketika aksi persahabatan menentang Pos Malaysia di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), baru-baru ini, ia bukan jaminan Mbele sudah boleh beraksi dalam perlawanan liga.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti memberi bayangan Mbele masih memerlukan sedikit masa jika mahu diletakkan dalam kesebelasan utama kerana masih belum cergas sepenuhnya, selepas sekian lama berehat untuk pulih daripada pembedahan otot depan kiri.

"Mbele masih belum mampu bermain dan saya tidak fikir dia dapat diturunkan dalam perlawanan pertama liga minggu depan.

"Berdasarkan aksinya dalam perlawanan persahabatan dengan Pos Malaysia, jelas dia masih tercari-cari sentuhan sebenar. Ketangkasan dan kelajuannya masih belum berada pada tahap memuaskan.

"Tujuan saya menurunkan dia pada perlawanan dengan Pos Malaysia hanya mahu menguji sejauh mana dia sudah pulih, namun jelas dia masih tidak bersedia, " katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antara Selangor dan Pos Malaysia, baru-baru ini.

Dalam perlawanan berkenaan, Selangor berjaya menjinakkan pasukan Liga Perdana itu 2-0 hasil jaringan Asraruddin Putra Omar dan Amri Yahyah pada babak kedua.

Dinilai persembahannya ketika dimasukkan 30 minit terakhir perlawanan, Mbele jauh berada pada kemampuan sebenar dan kelihatan tidak bermaya ketika mengasak kubu pasukan lawan.

Malahan, dia jarang mendapat bola dan pertahanan lawan kelihatan mudah mematikan pergerakan pemain berusia 24 tahun itu.

Bagi Mbele, walaupun gagal memberikan impak dalam perlawanan tersebut, dia gembira kerana dapat bermain kali pertama dengan Selangor.

"Saya rasa teruja kerana dapat bermain walaupun tidak seperti saya mahukan tetapi ia penting kerana memberikan keyakinan kepada saya.

"Jika jurulatih mahu menurunkan saya, saya rasa sudah bersedia untuk bermain, " katanya.

Mbele pernah bermain dengan kelab Arab Saudi, Al-Hilal dan kelab Afrika Selatan, Orlando Pirates yang mana menyaksikan dia pernah menjaringkan 20 gol ketika dua musim beraksi.

Friday, December 30, 2011

Irfan ‘korban’ pemain


Harian Metro


BEBERAPA pemain tengah terpaksa dikorbankan Irfan Bakti Abu Salim bagi memastikan Selangor mendapat kombinasi terbaik untuk mengharungi kancah Liga Malaysia 2012 yang membuka tirainya awal bulan depan.


Kehadiran ramai pemain tengah yang berkualiti memaksa pengendali baru Selangor itu membuat penilaian teliti bagi memilih individu yang mampu memberi sumbangan kepada kejayaan pasukan dan selebihnya terpaksa memanaskan bangku simpanan.

Antara pemain tengah berkualiti dan sudah mempunyai nama besar dalam kancah bola sepak tempatan yang dimiliki Merah Kuning adalah Mohd Safiq Rahim, K Gurusamy, Azidan Sarudin, Mohd Bunyamin Omar, Fitri Shazwan Raduwan, Solihin Kanasian Abdullah, Fazilidin Khalid dan Mohd Amirulhadi Zainal.




“Kami mempunyai ramai pemain tengah. Ada pemain terpaksa disisihkan walaupun mempamerkan aksi baik ketika pramusim. Saya sudah dapat bayangan kesebelasan utama dan bakal menurunkan mereka dalam baki dua aksi persahabatan nanti,” katanya.

Pendatang baru Liga Perdana musim depan dari Negeri Sembilan, Betaria FC akan menjadi lawan Selangor di Stadium UiTM, petang ini diikuti Pos Malaysia sebagai aksi terakhir Selasa depan selepas menewaskan enam pasukan sebelum ini dan tewas sekali kepada Johor FC.


“Antara kriteria yang saya mahukan adalah pemain tengah yang mampu menjaringkan gol bagi mengurangkan beban dan tumpuan terarah kepada penyerang. Selain itu saya juga mahukan setiap pemain dalam kesebelasan utama mampu meledak gol terutamanya menerusi sepakan percuma atau penjuru,” katanya.




Berdasarkan aksi persahabatan yang diharungi Selangor sejak awal bulan ini, jentera serangan Selangor, diketuai kapten Mohd Amri Yahyah tetap tajam kerana sudah meledak 23 gol dan hanya melepaskan empat jaringan walaupun tanpa kehadiran penyerang import, Lelo Mbele yang masih dibelenggu kecederaan.

Malah kehadiran bekas penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali terus menyuntik keyakinan kepada Irfan Bakti dalam membentuk barisan mantap Merah Kuning musim ini yang mensasarkan sekurang-kurangnya satu piala.


Wednesday, December 28, 2011

Mbele beri Selangor harapan pulih lebih awal

BH Online
 MBELE  sebelum  meresahkan skuad Selangor  kerana belum pulih sepenuhnya daripada pembedahan otot depan paha kirinya, Julai lalu, ketika menyarung jersi kelab Libya, Al-Nasr Benghazi.
MBELE sebelum meresahkan skuad Selangor kerana belum pulih sepenuhnya daripada pembedahan otot depan paha kirinya, Julai lalu, ketika menyarung jersi kelab Libya, Al-Nasr Benghazi.



PENYERANG import Selangor dari Congo, Lelo Mbele memberi harapan untuk pulih lebih awal daripada jangkaan apabila turun menjalani latihan penuh buat kali pertama di Padang SUK, Shah Alam, petang kelmarin. 

Mbele, 24, sebelum ini menghadirkan resah kerana belum pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan otot depan paha kirinya, Julai lalu, ketika menyarung jersi kelab Libya, Al-Nasr Benghazi.



Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, Mbele turun berlatih tanpa menunjukkan sebarang masalah selepas tiga minggu dia menjalani latihan pemulihan dan dijangka dapat diturunkan untuk perlawanan sebenar, tiga minggu lagi.


“Banyak peningkatan saya nampak berbanding ketika dia datang pada hari pertama latihan (5 Disember lalu). Dia kini tidak menunjukkan sebarang kesakitan, cuma perlu meningkatkan tahap kecergasannya selepas lima bulan tidak beraksi. 

“Tapi saya tak mahu paksa, biarlah dia benar-benar bersedia. Sepanjang ketiadaannya, saya akan sandarkan harapan kepada penyerang tempatan yang ada iaitu Amri Yahyah, R Surendren dan Wan Hoesne Wan Hussain,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Selangor sudah mengharungi enam aksi persahabatan dengan mencatat lima kemenangan - Sime Darby 2-0, MP Muar 5-0, Polis 3-0, MP Muar 2-1 dan Johor 4-1, tetapi tewas 0-2 kepada Johor FC, Jumaat lalu. 

“Cuma saya agak pening memilih Asraruddin Putra Omar atau Nasriq Baharom bergandingan dengan Ramez Dayoub (import dari Lubnan) di posisi bek tengah kerana kedua-duanya bagus,” jelas Irfan. 
Baki tiga aksi persahabatan sebelum pertemuan sulung Liga Super menentang Negeri Sembilan di Paroi, 10 Januari depan, Selangor bertemu UiTM, malam tadi, disusuli Pahang (Jumaat ini) dan Pos Malaysia (3 Januari). 

Tuesday, December 13, 2011

Mbele belum boleh beraksi


Harian Metro

KETIDAKPASTIAN mengenai tarikh sebenar penyerang import Selangor dari Congo, Lalo Mbele boleh diturunkan mungkin meletakkan Selangor sekali lagi berdepan ketumpulan sentuhan penyudah dalam kancah Liga Malaysia musim depan yang dijadual bermula pada 10 Januari.

Situasi itu nyata membawa bencana kepada Selangor pada musim ini hingga gagal mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sultan Ahmad Shah selain menamatkan saingan dengan tangan kosong.


Pengendali baru Merah Kuning, Irfan Bakti Abu Salim bagaimanapun enggan menekan butang panik terutamanya selepas peminat bola sepak tempatan dihidangkan dengan kepakarannya melahirkan beberapa penjaring terbanyak dengan Abdul Hadi Yahya dari Terengganu meraih kasut emas musim ini.



“Saya mengarahkan Mbele berehat sepenuhnya untuk memastikan dia benar-benar pulih dan mampu beraksi. Saya tidak akan menurunkannya dalam aksi persahabatan atau menjalani latihan,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan pemain import berusia 24 tahun yang dilapor belum cergas sepenuhnya berikutan pembedahan selepas mengalami kecederaan otot depan paha kirinya.


Tambah pengendali berusia 60 tahun itu, tiada sebab untuk beliau berasa bimbang kerana masih mempunyai kelompok besar pemain yang mampu meledak jaringan untuk Selangor seperti Mohd Amri Yahyah, Mohd Safiq Rahim, R Surendren, Azidan Sarudin dan Mohd Amirulhadi Zainal.



Sementara itu, Irfan Bakti turut mengaku tekanan pasti wujud apabila mengendalikan pasukan yang mempunyai sejarah dan kegemilangan seperti Selangor.


“Yang penting saya perlu membaiki pencapaian musim ini dan memastikan keputusan terbaik dicapai. Sekurang-kurangnya satu piala yang menjadi idaman pihak pengurusan perlu direalisasikan,” katanya.

Friday, December 9, 2011

BH Online


Ikat Mbele yang masih cedera, Selangor yakin kerana reputasi hebat 

SELANGOR akhirnya membuat keputusan berani dan berisiko tinggi dengan menandatangani penyerang kebangsaan Congo, Lelo Mbele biarpun bekas pemain kelab Orlando Pirates itu masih belum cergas sepenuhnya.



Mbele, 24, tidak beraksi sejak Julai lalu selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan otot depan paha kirinya ketika menyarung jersi kelab Libya, Al-Nasr Benghazi tetapi reputasi hebatnya meyakinkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Selain Mbele, Selangor terlebih dulu menandatangani pertahanan kebangsaan Lubnan, Ramez Dayoub, 27, yang tampil beraksi buat pertama kali ketika aksi persahabatan menentang Sime Darby di Stadium UPM, Serdang, petang semalam. 

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi, malam tadi mengesahkan pengambilan Mbele sebagai pemain import kedua Selangor yang ditandatangani pada hari terakhir pendaftaran pemain, semalam. 

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim ketika ditemui selepas perlawanan, petang semalam juga tampak bersedia mempertaruhkan tenaga tempatan bagi mengetuai barisan depan kerana Mbele hanya boleh mula beraksi sebulan lagi tatkala saingan Liga Super bakal bermula, 10 Januari depan. 

“Kita pasti ada cara untuk menyesuaikan dengan keadaan. Dengan adanya Safiq Rahim, K Gurusamy dan Amri Yahyah nanti, saya yakin mereka ini mampu memberi kekuatan tambahan kepada pasukan,” kata Irfan 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...