Sumber: Metro Online
Ipoh: Jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah kini berupaya tidur lebih
lena berikutan perkembangan positif dalam pasukan Seladang berikutan
kehadiran semula tiga tonggak iaitu awang import, Karim Rouani, S
Chanturu dan V Thirumurugan.
Jika di awal musim Azraai berhadapan masalah tidak cukup pemain
gara-gara ditimpa kecederaan namun kini hanya tinggal Mohd Nasir
Basharuddin terpaksa diketepikan untuk enam minggu lagi.
Justeru perlawanan persahabatan dengan Kedah United di Alor Setar petang ini pentas terbaik Azraai menurunkan pemain terbabit dalam usaha menyediakan pasukan mantap untuk pertemuan dengan Terengganu di Kuala Terengganu 15 Februari nanti.