Showing posts with label Norhafiz Zamani Misbah. Show all posts
Showing posts with label Norhafiz Zamani Misbah. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Skuad Jang mahu terus rentak cemerlang

Sumber: Harian Metro

Seremban: Biarpun sekadar menang tipis 1-0 ke atas UiTM FC di gelanggang sendiri Jumaat lalu, Negeri Sembilan mahu meneruskan aksi terbaik menentang Perlis, malam esok.

Kapten pasukan Norhafiz Zamani Misbah yakin semangat rakan sepasukan tetap tinggi untuk meneruskan rentak cemerlang bagi memastikan mereka membawa pulang tiga mata.

“Kami akan turun ke Kangar dengan semangat tinggi memburu kemenangan biarpun sedar misi itu bukan mudah kerana beraksi di gelanggang lawan.

“Apa yang perlu kami lakukan adalah berusaha menterjemahkan strategi disusun jurulatih sebaik mungkin dan saya percaya momentum kemenangan ke atas UiTM FC tempoh hari dapat diteruskan di Kangar,” katanya.

Monday, December 10, 2012

Skuad Negeri Sembilan tampak lebih mantap

Harian Metro


KEHILANGAN empat pemain musim lalu dalam pasukan Negeri Sembilan tidak akan dirasai sepenuhnya kerana barisan yang ditampilkan bagi Liga M musim 2013, tampak lebih meyakinkan dengan kehadiran pemain berpengalaman serta dua pemain import berwibawa.

Pandangan itu disuarakan tonggak pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah, bahawa kehadiran Mohd Fauzi Nan dari Kedah, Abdul Ghani Rahman dan Mohd Hamsani Ahmad (Felda United FC) serta pemain import dari Cameroon, William Paul Modibo mampu menggantikan tempat Mohd Shukor Adan yang berhijrah ke ATM dan penjaga gol, Mohd Farizal Marlias ke Perak.

Saturday, November 10, 2012

Norhafiz sedia ketuai Jang


Harian Metro

SEKALIPUN kecergasannya belum di tahap maksimum akibat kecederaan, tonggak pertahanan Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah sedia memikul tanggungjawab selaku kapten pasukan menghadapi Liga M musim depan, jika disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Negeri Sembilan bakal memilih kapten baru selepas Mohd Shukor Adan berpindah ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Begitupun, bagi bekas pemain kebangsaan berusia 32 tahun itu, pengurusan berhak menentukan pemain yang layak memakai lilitan itu.

Monday, January 9, 2012

Status underdog bawa tuah


Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra menyampaikan Piala Sultan Ahmad Shah kepada ketua pasukan Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah selepas Perlawanan Sumbangsih di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

SEREMBAN - Setiap kali perlawanan penting atau melangkah ke pentas final, Negeri Sembilan pasti dilabelkan pasukan underdog oleh ramai jurulatih, pengkritik sukan mahupun peminat bola sepak tanah air.

Namun sedar atau tidak, pasukan Hoben Jang Hoben yang kerap tidak menjadi pilihan ramai, akhirnya mengukir nama selaku juara Piala Malaysia dan terbaru Piala Sumbangsih selepas menumbangkan gergasi pantai Timur, Kelantan 1-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Barangkali atas faktor itu ia seperti membawa tuah serta kelebihan kepada Negeri Sembilan terutamanya pemainnya apabila mereka tampak lebih selesa dan yakin dan secara pasti tidak gugup beraksi menentang lawan.

Perkara itu dipersetujui jurulatih Mohd. Azraai Khor Abdullah, memandangkan pasukan lawan mempunyai barisan pemain yang berpengalaman dan hebat berbanding pasukannya yang rata-rata dibarisi ramai muka baru dan pemain muda.

"Semasa merebut Piala Malaysia musim lalu, ramai yang memilih Terengganu. Kali ini pula ramai pihak termasuk jurulatih lain juga mencongak Kelantan akan menang. Tetapi kita tidak kisah dan lebih selesa begini.

"Kelantan memang pasukan pilihan. Semua orang tahu Negeri Sembilan hilang beberapa 'star' yang berhijrah ke pasukan lain. Ini ditambah isu pemain import, menyebabkan kita ada seorang sahaja pemain import.

"Namun kita optimis dengan mengenepikan semua masalah itu. Kita bentuk sebuah pasukan dengan menilai kelebihan ada yang pada setiap pemain sebelum mengadunkan strategi dan taktikal.

"Alhamdulillah mereka berjaya menterjemahkan dengan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah," katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Azraai berpuas hati dengan prestasi pemain importnya dari Cameroon, Jean-Emmananuel Effa Owona, apabila beraksi cemerlang dengan menjaring gol penyamaan pada minit ke-31 serta gol yang mengecewakan penyokong Kelantan pada minit ke-63.

"Sebelum ini kita menguji Effa Owona dalam beberapa siri perlawanan persahabatan. Prestasinya cukup baik dan dalam perlawanan semalam (kelmarin), dia telah membuktikan kemampuannya hingga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

"Aksi beberapa pemain muda yang baru juga harus diberi pujian kerana bukan mudah untuk pemain muda bangkit daripada ketinggalan, apatah lagi menentang Kelantan yang dibarisi pemain berpengalaman, tetapi mereka membuktikan mereka mampu," katanya.

Sementara itu, Norhafiz Zamani Misbah yang diberi kepercayaan menggalas peranan ketua pasukan mengganti Mohd. Shukor berkata, dia gembira kerana kali pertama menjuarai piala berkenaan selepas percubaan pada 2004 bersama Negeri Sembilan gagal.

"Memang kita mahu menang tetapi Kelantan dibarisi pemain yang hebat dan kita hormat mereka sebagai pasukan pilihan.

"Pada 15 minit pertama, Negeri Sembilan belum dapat rentak sebenar sebelum kita bangkit menyusun strategi, apa pun kami gembira apabila keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat," jelasnya.

Tuesday, October 4, 2011

Zamani atasi krisis pertahanan


Pemain skuad bola sepak kebangsaan meninggalkan Wisma FAM di Kelana Jaya untuk ke KLIA, Sepang bagi menaiki pesawat ke Australia, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN



KUALA LUMPUR - Dibolosi 20 gol dalam enam perlawanan terakhir sudah cukup untuk mencerita mengenai kerapuhan bahagian pertahanan skuad Harimau Malaya.

Namun kehadiran pemain pertahanan berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah mungkin mampu menjadi jawapan terbaik bagi mengatasi masalah pertahanan skuad negara yang berlepas Canberra semalam untuk perlawanan persahabatan dengan Australia Jumaat ini.

Namun, Zamani yang dijangka menggalas tanggungjawab kapten, tidak mahu dia dilihat sebagai penyelesai isu pertahanan rapuh yang melanda skuad negara.

"Aksi bahagian pertahanan bergantung kepada empat pemain, bukan kepada seorang pemain sahaja.

"Apa yang mustahak apabila saya kembali ke skuad kebangsaan adalah membantu daripada segi pengalaman.

"Saya merupakan antara pemain yang paling lama dengan pasukan kebangsaan biarpun saya masih dalam proses untuk cergas daripada kecederaan Ligamen Lutut Depan (ACL)," katanya ketika ditemui di Wisma FAM sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

Selepas muncul juara Piala Suzuki AFF tahun lalu, benteng skuad Harimau Malaya rapuh, bermula perlawanan dengan Taiwan pada Kelayakan Piala Dunia 2012, Malaysia bernasib baik layak atas peraturan gol di tempat lawan namun krisis pada bahagian pertahanan bertambah parah apabila kalah 5-3 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar.

Perlawanan persahabatan dengan Arsenal dan Liverpool sebelum itu, pertahanan skuad negara menampilkan aksi longgar sehingga 10 kali dibolosi dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Monday, August 22, 2011

Tekad Norhafiz


PEMAIN bek, Norhafiz Zamani Misbah, mahu memastikan Negeri Sembilan tidak tercicir untuk memiliki Piala Malaysia musim ini selepas tiga piala yang menjadi rebutan sebelum ini terlepas termasuk kegagalan mempertahankan Piala FA.

Pemain berpengalaman berusia 30 tahun itu berharap rakan sepasukan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya menjulang nama pasukan dengan memiliki kejuaraan Piala Malaysia yang menjadi satu-satu trofi yang tinggal musim ini.

Katanya, prestasi Liga Super yang kurang memberangsangkan bukan halangan Negeri Sembilan bangkit mencipta kejutan.


“Saingan Piala Malaysia amat berbeza dengan Liga Super dan setiap pasukan bertanding mempunyai peluang sama rata untuk mencapai kejayaan dan begitu juga bagi kami berazam bangkit selepas gagal pada musim lalu apabila dikecewakan Kelantan.

“Kami sedar pencapaian dalam saingan liga kurang memberangsangkan dan sebab itulah kami sudah membuat persiapan lebih rapi dalam memastikan sasaran kali ini tidak lagi tersasar kerana matlamat kami adalah untuk memastikan Negeri Sembilan dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala yang kini hanya tinggal Piala Malaysia,” katanya semalam.

Norhafiz yang kini sudah pulih dari kecederaan, yakin pasukan mampu bangkit untuk mempamerkan persembahan lebih mantap sebaik saingan bermula 6 September ini.



Menurutnya, ketua jurulatih pasukan, Mohd Azraai Khor Abdullah, sudah merangka strategi tertentu untuk memastikan kekuatan pasukan lebih terserlah ketika berhadapan saingan Kumpulan B yang membabitkan juara Piala FA, Terengganu dan juara Liga Perdana, Selangor PKNS serta Sime Darby.

Tuesday, August 9, 2011

Zamani perlu masa bangkit




PETALING JAYA – Bek tengah berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah masih perlu berhati-hati dengan keadaan lutut kirinya yang baru pulih, ketika cuba mendapatkan tahap kecergasan sewajarnya bagi perlawanan bola sepak antarabangsa.

Katanya, kesakitan yang datang sekali-sekala kesan pembedahan daripada kecederaan ligamen depan (ACL) sehingga merehatkan dia daripada aksi selama enam bulan lalu, turut belum menyakinkan dia untuk memberikan prestasi 100 peratus di padang.

“Ketika menentang Chelsea (mewakili Pilihan Malaysia, persahabatan di Bukit Jalil, 21 Julai lalu), saya banyak berhati-hati kerana kecederaan ACL memerlukan masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya. Sekarang pun ada lagi sakit sedikit-sedikit.

“Bagaimanapun setiap kali mendapat panggilan menyarung jersi negara, ia tetap menjadi kebanggaan dan penghargaan dalam karier bola sepak saya,” katanya yang kurang memuaskan hati jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal ketika menentang Selangor dalam persahabatan, Sabtu lalu.

Kali terakhir pemain berusia 30 tahun itu mewakili negara ialah pada Sukan Asia Guangzhou, November tahun lalu manakala dia hanya dapat bermain sepenuh masa dalam kempen terakhir Liga Super Negeri Sembilan menentang Perlis, bulan lalu.

Dia turut terlepas kempen Kelayakan Piala Dunia keempat menentang Taiwan dan Singapura, baru-baru ini, selepas melakukannya pada 2001, 2004 dan 2007 masing-masing di bawah bimbingan jurulatih berbeza iaitu Alan Harris, mendiang Bertalan Bicskei dan B. Sathianathan.

“Walau siapa pun yang bermain (menentang Singapura), masing-masing sudah berikan yang terbaik dan tidak semestinya Malaysia dijamin menang kalau pun saya yang diletakkan di sana,” katanya, mengulas rungutan banyak pihak terhadap kerapuhan benteng Harimau Malaya.

Wednesday, August 3, 2011

Penghargaan besar: Norhafiz

‘Saya janji beri komitmen sepenuhnya’ 

“SAYA sentiasa mahu mewakili skuad negara,” kata Norhafiz Zamani Misbah selepas mendengar perkhabaran dia diperlukan lagi oleh Datuk K Rajagobal dalam perancangan memantapkan skuad Harimau Malaya.
Tonggak pertahanan, Negeri Sembilan itu yang tidak mewakili negara sejak Sukan Asia menyifatkan ia satu peluang yang harus dimanfaatkan sepenuhnya selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyenaraikan namanya dalam kelompok 25 pelatih, kelmarin.


“Ini satu penghargaan besar daripada pihak pengurusan pasukan kebangsaan selepas terpaksa berehat panjang dan sudah pasti, saya tidak akan mensia-siakan harapan yang diberikan. 

“Walaupun dipanggil bersama skuad kebangsaan bukan perkara baru, namun saya berjanji untuk memberikan komitmen sepenuhnya ketika latihan kerana sememangnya impian mewakili negara di peringkat antarabangsa sentiasa tersemat dalam hati ini,” katanya semalam. 

Pemain berpengalaman berusia 30 tahun itu terpaksa berehat hampir enam bulan berikutan kecederaan lutut dialami tetapi Norhafiz mengakui dia kini sudah pulih sepenuhnya daripada belenggu itu. 

Buktinya apabila dia diturunkan dalam beberapa perlawanan terakhir yang dihadapi Negeri Sembilan pada saingan Liga Super, Jun lalu serta aksi garang mengekang Chelsea dalam siri persahabatan antarabangsa pada 21 Julai lalu

Tuesday, August 2, 2011

Norhafiz 'pulang' sertai Harimau Malaya

Aksi garang ketika wakili Malaysia XI tambat hati FAM 

KELIBAT garang Norhafiz Zamani Misbah merantai kemas pergerakan Fernando Torres dan Didier Drogba ketika Malaysia menentang Chelsea dalam siri persahabatan pada 21 Julai lalu berjaya menambat hati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Semalam, kenyataan daripada badan induk itu menyebut pemain pertahanan itu adalah antara 25 pelatih tersenarai dalam skuad kebangsaan untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya.


Aksi goyah benteng negara ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 harus memberi opsyen lebih kepada ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal dengan kehadiran Norhafiz yang disebut boleh memantapkan kubu negara. 

Kali terakhir pemain berusia 30 tahun itu mewakili skuad negara adalah di Sukan Asia 2010. Turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan ialah pemain tengah Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zamri yang juga sudah lama tersisih selepas kali terakhir pada kelayakan Piala Asia, hujung tahun lalu. 

Penyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali yang diberi penghormatan selaku kapten pada perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, turut tersenarai bersama kapten skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim yang tidak beraksi di Bukit Jalil minggu lalu, akibat penggantungan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan pertama menentang Singapura di republik berkenaan sebelum itu. 

Pemain lain yang turut dipanggil ialah Amar Rohidan, Mohamad Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Farizal Marlias, S Kunanlan, Mohd Ashaari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee. 
FAM dalam kenyataannya berkata, semua pemain itu diminta melapor diri di Wisma FAM pada jam 4 petang esok. Sesi latihan di bawah kendalian Rajagobal itu akan berlangsung lima hari sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Oman mengadakan perlawanan persahabatan dari 8 hingga 10 Ogos ini. 

INFO 
Senarai 25 pelatih Harimau Malaya
 

Amar Rohidan (Kedah) 
Mohamad Azmi Muslim (Kedah) 
Baddrol Bakhtiar (Kedah) 
Mohd Khyril Muhymeen Zamri (Kedah) 
Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor) 
Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor) 
Safiq Rahim (Selangor) 
Norhafiz Zamani Misbah (N Sembilan) 
Mohd Farizal Marlias (N Sembilan) 
Kunalan Subramaniam (N Sembilan) 
Mohamad Ashaari Samsudin (Terengganu) 
Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu) 
Helmi Remeli (Terengganu) 
Abdul Hadi Yahaya (Terengganu) 
Ismail Faruqi Ashari (Terengganu) 
Joseph Kalang Tie (Terengganu) 
Mohd Farisham Ismail (Kelantan) 
Chanturu Suppiah (Kelantan) 
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (Kelantan) 
Mohd Shakir Shaari (Kelantan) 
Mohd Shahrom Abdul Kalam (KL) 
Norazlan Razali (KL) 
Shahrizal Mohd Saad (Johor FC) 
Mohd Faizal Muhamad (Harimau Muda A) 
Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya FC, Indonesia) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...