Showing posts with label Daniel Guiza. Show all posts
Showing posts with label Daniel Guiza. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Air mata Guiza, Del Nero

SUmber: Utusan online
Daniel Guiza (kiri) dan Simone Del Nero (kanan) berdiri di sisi kain rentang ketika mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Johor Darul Takzim selepas perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Selangor di Stadium Larkin, kelmarin.
JOHOR BAHRU - Biarpun Daniel Guiza dan Simone Del Nero hanya mampu bertutur dalam bahasa Sepanyol dan Itali, namun wajah sugul kedua-duanya semalam nyata menggambarkan kesedihan mereka. 

Kedua-dua pemain import yang mengharungi pusingan pertama saingan Liga Super untuk pasukan Johor Darul Takzim dan membuat penampilan terakhir kelmarin menzahirkan perasaan sedih kerana terpaksa meninggalkan skuad Harimau Selatan. 

Guiza dan Del Nero selepas perlawanan menentang Selangor pada suku akhir pertama Piala FA itu nyata tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata semasa memberi lambaian terakhir kepada ribuan peminat dengan berjalan di sekeliling Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. 

Barros atau Trezequet?

Sumber: Metro Online
 
Johor Bahru: Siapa bakal ganti pemain import Johor Darul Takzim (DT) Daniel Guiza yang tidak bersama skuad Harimau Selatan pada pusingan kedua Liga Super bermula 12 April ini.

Selepas sah pemain Liga Perdana Johor Andre Francisco Da Silva dinaikkan pangkat menggantikan Simone Del Nero, kini tumpuan terarah mencari pengganti Guiza yang akan pulang ke pangkuan kelab lamanya Getafe CF selepas tempoh pinjaman enam bulan dengan PBNJ berakhir Ogos ini.

Wednesday, January 23, 2013

Liga Super 2013 - Ulasan Perlawanan 22 Jan 2013 (Utusan Malaysia Online)

Pahang kukuh cengkaman
 
KUALA LUMPUR - Pahang memulihkan semula semangat dan kekecewaan selepas rekod tanpa kalahnya lebur, Sabtu lalu dengan membenam Terengganu 3-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam untuk terus menerajui carta persaingan bola sepak Liga Super 2013.
 
Dua gol Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-76 dan 90 selain satu daripada Mohd. Fauzi Roslan (77) memastikan Tok Gajah di depan dengan 12 mata sambil meninggalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melonjak ke tangga kedua dan Selangor di tempat ketiga yang diikat Perak 1-1.
 
Lebih 20,000 penyokong tuan rumah bersorak ceria apabila menyaksikan sepakan bebas Mohd. Hafiz Kamal menerjah gawang tanpa dapat diselamatkan penjaga gol Sang Penyu, Syed Adney Syed Hussein diikuti tandukan masuk Mohd. Fauzi dan tolakan mudah juga Mohd. Hafiz.

Friday, December 28, 2012

Keserasian terserlah


Sumber: Harian Metro Online

GANDINGAN Daniel Guiza dan Safee Sali yang dipertaruhkan ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad mula menunjukkan keserasian apabila saling membantu bagi menghasilkan gol pada Kejohanan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor di Stadium Larkin, kelmarin.

Apapun bagi pemain import termahal kancah Liga M musim depan, Guiza yang memiliki reputasi tinggi selaku pemenang Kasut Emas La Liga Sepanyol ketika bersama Real Mallorca musim 2007 menganggap masih terlalu awal untuk melabelkan dia dan Safee penyerang paling digeruni.

Thursday, December 27, 2012

Harimau Selatan baham Wellington

Sumber: Harian Metro online
 
KELAB Johor Darul Takzim yang dianggap pasukan paling mahal dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan memberi amaran awal untuk pencabar mereka apabila mudah meratah kelab Liga Singapura (Liga S), Woodlands Wellington, 5-1 dalam aksi pra musim Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor di Stadium Larkin, malam tadi.
 
Walaupun tanpa kelibat Simone Del Nero yang mengalami kecederaan hingga memaksa ketua jurulatih, Fandi Ahmad melakukan perubahan taktik dengan merehatkan Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Nurul Azwan Roya di babak pertama, penguasaan jelas milik skuad bergelar Harimau Selatan itu.
 

Monday, December 17, 2012

Jangan 'makan angin', TMJ ingatkan pemain


TUJUAN pasukan bola sepak Johor Darul Takzim mengambil pemain ternama adalah untuk meletakkan pasukan itu di barisan hadapan dalam arena bola sepak negara serta menjadi pasukan unggul dalam Liga M.

Sejajar dengan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Iskandar mengingatkan pemain bahawa penyertaan mereka dalam pasukan itu bukan untuk tujuan 'makan angin', tetapi sebalikya perlu berusaha untuk menjadikannya pasukan terbaik.

"Pasukan ini bukan tempat untuk menikmati percutian di mana pemain datang untuk mengambil gaji dan berehat, tapi mereka perlu bermain dengan sepenuh hati," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Monday, December 10, 2012

Serasi, taktikal matlamat Fandi

Harian Metro


JOHOR yang sedang giat mempersiapkan pasukan menghadapi kempen Liga M mempunyai alasan tersendiri apabila mengharungi aksi persahabatan ketika sesetengah pihak mengkritik kemenangan 100 peratus pasukan itu yang mudah menewaskan pasukan lemah sepanjang aksi perlawanan persahabatan.

Ketua jurulatih Harimau Selatan, Fandi Ahmad menegaskan persefahaman antara pemain dan mencari corak permainan taktikal menjadi matlamat utama sepanjang aksi Jelajah Melaka selama empat hari yang berakhir, kelmarin.

Saturday, November 17, 2012

Del Nero mahu beraksi bersama Guiza, tolak tawaran lain


Harian Metro

PELUANG beraksi bersama bekas penyerang Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza antara sebab utama bekas pemain tengah Lazio, Simeone Del Nero memilih Johor musim depan.

Sambil mengetepikan tawaran beberapa kelab lain termasuk dari Serie A, Del Nero berkata, peluang bermain bersama Guiza memudahkannya membuat keputusan.

“Bukan satu masalah untuk saya menyesuaikan diri dengan pemain tempatan dan tetap memilih beraksi di Johor walaupun pada masa sama menerima beberapa tawaran lain.

Monday, November 12, 2012

Perkembangan Liga-M positif

Harian Metro


SAINGAN Liga Malaysia yang bakal membuka tirai pada Januari depan semakin menarik apabila dihiasi dengan kehadiran sejumlah pemain import berkualiti.

Antara yang paling mencuri tumpuan adalah kehadiran penyerang kelab La Liga, Getafe CF yang sah bersama Johor, Daniel Gonzalez Guiza untuk menguatkan cabaran Harimau Selatan dan bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu sudah melaungkan keazaman untuk membantu pasukan itu menjadi antara yang digeruni musim depan.

Tuesday, November 6, 2012

Guiza ikat kontrak setahun


Daniel Gonzales Guiza sempat bertemu penyokong Johor ketika tiba di Johor Bahru kelmarin. Hadir sama pada sesi memperkenalkan pemain Sepanyol itu adalah Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 


JOHOR BAHRU - Pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan Johor semalam.

Majlis menandatangani kontrak itu berlangsung secara tertutup di Hotel Thistle, di sini pukul 1 tengah hari dan disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta pengurus pasukan, Fandi Ahmad.

PBNJ hantar surat tawaran kedua kepada Kelantan


Harian Metro

APAKAH Johor bakal muncul pasukan yang memiliki peledak berbisa gandingan Daniel Gonzales Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Persoalan sama ada pemain paling bernilai Liga M 2012, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bakal beraksi untuk Johor atau sebaliknya terus menjadi tanda tanya tatkala masih belum ada keputusan dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berhubung perpindahannya ke skuad Harimau Selatan.

Selepas Guiza yang beraksi untuk kelab Getafe CF dalam saingan La Liga sah milik Johor selepas menandatangani kontrak selama semusim secara pinjaman kini harapan menggunung terletak kepada keputusan Mat Yo yang perlu menyelesaikan segala kemelut berhubung kontraknya bersama Kafa.

Monday, November 5, 2012

Guiza janji tepati status termahal



DANIEL Gonzales Guiza (dua dari kiri) bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) dan jurulatih Johor, Fandi Ahmad selepas sidang akhbar di Johor, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Daniel Gonzales Guiza yang pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 ketika mewakili Mallorca berjanji memberikan aksi terbaik, sekali gus mahu melihat pasukan Johor menjuarai Liga Super tahun depan.

Pemain Getafe berusia 32 tahun itu yang dinanti-nantikan peminat bola sepak Johor tiba di sini semalam juga melahirkan keyakinan mampu menyesuaikan diri dalam saingan elit domestik, walaupun tidak tahu mengenai bola sepak Malaysia.

Guiza, yang kelihatan semangat turut melaungkan amaran awal untuk muncul penjaring terbanyak serta berusaha mencipta jaringan dalam setiap perlawanan yang diharungi bagi misi memburu Kasut Emas dan menjaga status sebagai pemain import termahal dalam Liga Malaysia.

Wednesday, October 31, 2012

PBNJ tagih khidmat pemain La Liga


Harian Metro

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), mengesahkan akan mendapatkan khidmat bintang bola sepak Sepanyol, Daniel Guiza, 32, yang pernah membantu skuad kebangsaan negara itu menjuarai Euro 2008.

Daniel Guiza yang kini beraksi bersama Getafe CF dalam saingan La Liga dianggap sebagai aset penting untuk menguatkan lagi jentera serangan Skuad Harimau Selatan bagi menghadapi saingan liga musim akan datang.

Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata Daniel Guiza bersama pengurusnya dijangka tiba di negeri itu esok untuk perbincangan lanjut berkaitan keputusannya beraksi bersama skuad Johor pada musim depan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...