Showing posts with label Bernama. Show all posts
Showing posts with label Bernama. Show all posts

Friday, May 22, 2015

‘Pastikan Piala FA kekal di bumi Malaysia’

Sumber: Harian Metro & Bernama

KUALA LUMPUR: Pengendali pasukan Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah menuntut pemain skuad 'The Red Warriors' untuk mengekalkan prestasi cemerlang apabila berdepan wakil Singapura, Lions XII pada aksi final Piala FA 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam esok.

Pengendali berusia 62 tahun itu yakin menerusi sokongan padu yang bakal diberikan oleh puluhan ribu peminat tempatan termasuk penyokong Kelantan sendiri pada perlawanan itu nanti, Piala FA akan terus kekal di negara ini.

"Kita hendak Piala FA itu kekal di bumi Malaysia. Bagi kita yang mewakili pasukan tempatan lain, kita amat memerlukan sokongan daripada seluruh pelosok tanah air untuk menyokong (skuad) 'The Red Warriors' pada perlawanan malam esok," kata Mohd Azraai.

Wednesday, November 19, 2014

AFF Suzuki: Senarai akhir pemain diumum

Sumber: Bernama & SInar Harian

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh semalam mengumumkan senarai akhir 22 pemain yang akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Bola Sepak Piala  AFF Suzuki 2014 di Singapura dari 23 hingga 29 November ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman sesawang mereka iaitu www.fam.org.my, menyatakan Dollah memilih penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Farizal Marlias (Selangor) dan Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan untuk mempertahankan benteng terakhir negara pada kejohanan dwitahunan itu.

Monday, February 3, 2014

FAM Lantik Kim Swee Pengendali Sementara Skuad Harimau Malaya

Sumber: Bernama

PETALING JAYA, 3 Feb (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari Isnin melantik ketua jurulatih pasukan Harimau Muda A (bawah 23) Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara skuad Harimau Malaya.

Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal ketika mengumumkan perkara itu berkata Kim Swee ditugaskan untuk membimbing skuad Harimau Malaya sehingga perlawanan terakhir kumpulan D di pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal bulan depan.

Sunday, November 24, 2013

Kontrak Rajagobal tidak disambung, tamat 31 Disember

Sumber: Utusan & Bernama
 
PETALING JAYA 24 Nov. - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak menyambung kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan, Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang tamat 31 Dis ini.

Keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat sini, hari ini.

Venue Piala Sumbangsih 2014 di Stadium Darul Makmur

Sumber: Utusan Malaysia & Bernama
 
PETALING JAYA 24 Nov. - Perlawanan pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2014 iaitu Piala Sumbangsih 2014 antara Pahang dan Lions XII dari Singapura pada 14 Jan depan akan diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan dan bukan di Stadium Shah Alam seperti dijadualkan sebelum ini.

Ini berikutan keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam menutup Stadium Shah Alam selama tiga bulan mulai pertengahan bulan ini untuk kerja naik taraf dan penyelenggaran dengan anggaran kos RM4 juta.

Monday, November 18, 2013

PBSNT mula jual pas bermusim berharga RM500, RM200

Sumber: Bernama

Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengeluarkan dua kategori pas bermusim untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia musim depan di Stadium Sultan Ismail Nasirsuddin Shah.

Setiausaha PBSNT Arpin Draman berkata, pas bermusim itu dijual dengan harga RM500 untuk tempat duduk berbumbung dan RM200 bagi tempat duduk terbuka.

Thursday, November 7, 2013

Ketua jurulatih T-Team akan diumum

Sumber: Sinar Harian & Bernama
 
KUALA TERENGGANU - T-Team akan menentukan siapa yang bakal menjadi jurulatih mereka bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Rashid Jusoh berkata ia termasuk rancangan kemungkinan mendapatkan khidmat jurulatih daripada Indonesia.

Friday, November 1, 2013

Daudsu Kecewa Tidak Dapat Beraksi Pada Pentas Final

Sumber: Bernama
 
KOTA BAHARU, 31 Okt (Bernama) -- Pemain pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin kecewa kerana tidak dapat beraksi pada final Piala Malaysia menentang Pahang, Ahad ini, akibat kecederaan.
Ia sekali gus mengundang bahaya buat 'The Red Warriors' berikutan tonggak pertahanan Obinna Nwaneri juga tidak diturunkan selepas mengumpul dua kad kuning.

Daudsu berkata beliau merasa terkilan kerana kecederaan lutut yang dialaminya selepas perlawanan suku akhir dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) baru-baru ini menyebabkan beliau terpaksa direhatkan walaupun perlawanan itu sangat bermakna buat beliau yang akan menyarung jersi bersama Johor DT pada musim hadapan.

2,000 polis berkawal pada final Piala Malaysia

Sumber: Bernama & Sinar Harian
 
SHAH ALAM - Kira-kira 2,000 anggota polis akan bertugas mengawal trafik dan keselamatan pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam Ahad ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mereka akan dibantu kira-kira 500 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Thursday, October 31, 2013

Safee Sali bakal ubah angin musim depan

Sumber: Sinar Harian & Bernama

KUALA LUMPUR - Penyerang nombor satu negara, Safee Sali bakal mengubah angin apabila beberapa kelab dari Indonesia dan Thailand berminat menggunakan khidmatnya tahun depan.

Safee yang menerima tawaran dari kelab Arema FC dan Persib Bandung dari Indonesia serta Supanburi FC dari Thailand, bagaimanapun berkata setakat ini beliau belum membuat keputusan kerana menghormati kontraknya bersama Johor Darul Takzim (JDT) yang akan tamat, akhir November ini.

Wednesday, October 9, 2013

Abdul Rahman pula latih Terengganu musim depan

Sumber: Utusan Malaysia & Bernama

KUALA TERENGGANU 9 Okt. - Jurulatih skuad bola sepak PKNS, Abdul Rahman Ibrahim hari ini secara rasmi dilantik ketua jurulatih bola sepak Terengganu yang baharu bagi menggantikan E.Elavarasan.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, faktor utama PBSNT memilih Abdul Rahman, 67, adalah kerana beliau merupakan anak jati Terengganu.

"Setelah dilihat, kami percaya beliau bersemangat untuk membawa Terengganu ke arah yang lebih baik pada masa depan.

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Elavarasan kerana memberikan komitmen kepada pasukan Terengganu selama menjadi ketua jurulatih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Monday, September 9, 2013

Pestabola Merdeka: Malaysia tewaskan Myanmar 2-1

Sumber: Utusan & Bernama

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka selepas menewaskan Myanmar 2-1 pada aksi kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang malam ini.

Skuad Harimau Muda A meraih enam mata daripada dua perlawanan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Singapura pada perlawanan pertama kelmarin.

Sementara itu, Thailand yang mengumpul empat mata hasil kemenangan ke atas Singapura dan seri 1-1 dengan Myanmar kelmarin, berpeluang cerah untuk bertemu tuan rumah di pentas final. - UTUSAN ONLINE


Saturday, September 7, 2013

PESTABOLA MERDEKA 2013: Malaysia U23 vs Singapore U23 (1-0)

Pestabola Merdeka

MALAYSIA mengalahkan Singapura, 1-0 pada perlawanan pembukaan Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, hari ini.
    
Separuh Masa: 0-0
    
Penjaring:

Malaysia: A Thamil Arasu (minit ke-46)

Saturday, August 24, 2013

Harga tiket Pesta Bola Merdeka antara RM22- RM280

Sumber: Bernama & Sinar Harian

KUANTAN - Harga tiket Pesta Bola Merdeka 2013 yang akan berlangsung di sini dari 7 hingga 14 Sept ini, ditetapkan antara RM22 dan RM280, kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

Katanya harga tiket itu bergantung kepada jenis sama ada untuk satu atau dua perlawanan dan tempat duduk.

Bagi menyaksikan dua perlawanan, harga tiket ialah RM30 (bebas di hujung selatan dan utara stadium), RM38 (teres, timur), RM5(berdiri, timur) dan RM102 (grandstand), manakala pas bulanan pula berharga RM148 (berdiri, timur) dan RM280 (grandstand).

Wednesday, August 21, 2013

FAM sudah kemuka permohonan rasmi kepada MBSA

Sumber: Bernama & Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menggunakan Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia pada 3 Novomber ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tidak timbul lagi sebarang isu berhubung penggunaan stadium tersebut kerana surat permohonan itu dihantar semalam.

"Mungkin MBSA telah menerima surat daripada FAM sebab surat itu dihantar petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sunday, August 11, 2013

Harimau Malaya tewas bermaruah, baiki rekod buruk

SUMBER: SINAR HARIAN & BERNAMA


Harimau Malaya tewas bermaruah, baiki rekod buruk
Pemain Malaysia, Amri Yahyah (tengah) diraikan oleh rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol pada Perlawanan Jelajah Asia 2013 antara Malaysia menentang Barcelona di Stadium Shah Alam malam tadi. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Walaupun terpaksa akur kemenangan di pihak Harimau Malaya agak tipis jika berdepan dengan mana-mana kelab gergasi khususnya Barcelona malam tadi, namun pasukan negara boleh dikatakan tewas bermaruah kerana berjaya memperbaiki rekod buruknya.

Sebelum ini, Harimau Malaya catatkan prestasi hambar ketika menentang pasukan kebangsaan Thailand dengan mata 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala, Bangkok pada Rabu lepas.

Saturday, August 10, 2013

MALAYSIA XII vs BARCELONA - Pertukaran Venue

Sumber: Facebook BERNAMA Radio 24

Venue perlawanan ditukar dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam. Keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat 'tergempar' diadakan malam tadi. 

FAM dalam satu kenyataan berkata, pertukaran venue itu dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, Bernama Radio24 difahamkan bahawa pertukaran itu diminta oleh pengurusan skuad Barca yang tidak berpuas hati dengan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang disifatkan sebagai tidak sempurna dan akan menyebabkan kecederaan kepada para pemain mereka.

Bagi penonton yang sudah membeli tiket, anda boleh memasuki Stadium Shah Alam dengan menggunakan tiket sedia ada.

Friday, August 9, 2013

PBNS ambil langkah pulihkan pasukan

Sumber: Sinar Harian & Bernama

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan mengambil langkah drastik untuk membina semula pasukan Negeri Sembilan walaupun bersaing dalam Liga Perdana musim depan.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana PBNS mempunyai matlamat untuk melonjakkan semula skuad Rusa ke persaingan Liga Super.

Beliau berkata beberapa pemain profesional yang menunjukkan aksi secara ala kadar dalam saingan Liga Super musim ini akan dilepaskan dan diganti dengan beberapa pemain baru.

Tuesday, July 30, 2013

Elak bersaing dengan kelab - Ibrahim

Sumber: Bernama & Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad menggesa badan induk bola sepak kebangsaan itu supaya mengurangkan penglibatan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan berstatus kelab.

Beliau berkata, perlawanan sebegitu tidak memanfaatkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal, malah boleh menjejaskan maruah mereka seandainya kalah kepada pasukan kelab kurang ternama terutamanya dari divisyen dua dan sebagainya.

Wednesday, July 17, 2013

Skuad Harimau Muda A tewas kepada Kanada 1-3

Sumber: SInar Harian & Bernama

KAZAN, (Rusia) - Skuad Harimau Muda A menutup tirai perlawanan temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade ke-27) dengan menduduki tempat kelapan selepas disingkirkan Kanada, dengan kekalahan 1-3.
    
Pada perlawanan penentuan klasifikasi ketujuh dan lapan di Stadium Trudovye Rezervy menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan seimbang, namun percubaan skuad Harimau Muda menerusi sepakan kapten pasukan Mohd Irfan Fazail di depan pintu gol pada minit ke-13 gagal disempurnakan.
    
Skuad Harimau Muda terus mengasak permainan dengan membuka jaringan pertama oleh D.Saarvindran di dalam kotak penalti pada minit ke-27.
    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...