Showing posts with label Lek Kcira. Show all posts
Showing posts with label Lek Kcira. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Bintang Burkina Faso pilihan Kelantan?

Sumber: Utusan Online
 
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memasang impian untuk melamar penyerang utama Burkina Faso, Aristide Bance, 28, yang baru sahaja membantu negaranya menjadi naib juara Piala Negara-Negara Afrika, semalam.
Menurut sumber dalaman KAFA, nama pemain itu telah disebut sendiri oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam mesyuarat, baru-baru ini.

Bance, yang dilahirkan di Abidjan, Ivory Coast dan berpindah ke Burkina Faso sejak kecil kini masih mempunyai kontrak selama tiga tahun bersama kelab FC Augsburg yang beraksi dalam Bundesliga.

Tuesday, December 4, 2012

Mat Yo belum berganti


Harian Metro

TANDA tanya siapa bakal menyarung jersi nombor 9 yang pernah dipakai Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo masih misteri walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengumumkan tiga lagi pemain baru yang akan beraksi dengan Red Warriors (TRW) dalam Liga Malaysia musim depan, semalam.

Dua daripada pemain baru itu membabitkan pemain import dari Kelab Sydney FC, Australia, Dimitri Petratos, 20, dan Lek Keira, 29, dari Croatia yang juga bekas pemain kelab Iran, Sahin FC, manakala seorang lagi pemain tempatan, Haris Safwan Mohd Kamal dari Johor FC.

Monday, December 3, 2012

Kafa: Safee-Andik ada peluang sertai Kelantan



PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) membariskan lima muka baru termasuk dua pemain import untuk saingan Liga Malaysia serta kejohanan Piala Konfederasi Asia musim depan.
   
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain tersebut ialah bekas kapten T-Team, Zairo Anuar Zailani dan rakan sepasukannya, Faiz Subri serta pemain Johor FC, Haris Safuan.
   
Sementara pemain import terdiri daripada pemain Sydney FC, Dmitrios Petratos, 23, yang bermain di Liga Australia (A League) serta Lek Kcira, 29, dari Croatia dan pernah bermain bersama kelab liga utama di Iran dan Croatia sebagai pemain pertahanan.
   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...