Showing posts with label Irwan Shah. Show all posts
Showing posts with label Irwan Shah. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

'Singa bukan punca'

sumber: Berita Harian Online
 
Hamidin nafi aksi Lions XII dalam Liga Super bantu jiran juarai Piala Suzuki
Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menegaskan kejayaan Singapura dan kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2012 baru-baru ini bukan berpunca daripada keputusan membenarkan Lions XII beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim ini.
Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipersoalkan dan dijadikan alasan kerana kedua-dua pihak mendapat faedah daripada program pertukaran empat musim antara badan induk itu dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Wednesday, April 11, 2012

LionsXII kukuh


Harian Metro

LIONSXII mengukuhkan cengkaman mereka sebagai peneraju apabila menewaskan Perak 2-1 dalam aksi tunggal Liga Super yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, malam tadi.


Tuan rumah yang dibimbing V Sundramoorthy mendominasi permainan sejak awal permainan dengan meraih beberapa peluang keemasan bagi menjaringkan gol, namun dihampakan palang gol dan kegopohan jentera serangan kelab Singapura itu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...