Showing posts with label Mahali Jasuli. Show all posts
Showing posts with label Mahali Jasuli. Show all posts

Monday, September 23, 2013

‘Tiada guna halang pemain berhijrah’

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak mengekang penghijrahan barisan pemain bintangnya seandainya peruntukan sekitar RM8 juta seperti yang dibelanjakan musim ini terus dikekalkan untuk saingan tahun depan.

Suntikan kewangan jelas diperlukan Merah Kuning apabila hampir semua pemain utamanya kini sudah mendapat tawaran lumayan meninggalkan gergasi Merah Kuning dengan Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar dan Norazlan Razali difahamkan sudah bersedia untuk ‘mengangkat kaki’ ke selatan tanah air bersama Johor Darul Takzim (DT).

Friday, August 16, 2013

Fokus Piala Malaysia!

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Jurulatih Selangor Irfan Bakti Abu Salim memberi peringatan kepada enam tonggak utamanya supaya melupakan seketika tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada aksi pembukaan Piala Malaysia menentang Johor Selasa depan.

Enam pemain yang dimaksudkan adalah Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy, S Kunanlan, Amri Yahyah dan Norazlan Razali.

Friday, July 26, 2013

‘Tiada hitam putih’

Foto

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: “Saya tidak mahu ulas lanjut kerana tiada hitam putih.”

Jurulatih Johor Darul Takzim (DT), Fandi Ahmad membuat kenyataan itu berhubung laporan pelantikan bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia, Cesar Ferrando Jiminez selaku pengurus dan ketua jurulatih baru skuad Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Friday, July 12, 2013

Senarai Pemain Terbaik Liga Super Malaysia 2013

Sumber: FoxSports.my

Pasukan undangan LionsXII telah dinobatkan sebagai juara musim ini sementara musuh ketat Selangor FA melayakan diri ke Piala AFC dengan posisi naib juara, pasukan yang digelar 'Manchester City Malaysia' Johor Darul Takzim di tempat ketiga.

Juara treble 2012 Kelantan FA berjaya bangkit dari permulaan musim yang agak mengecewakan dan menduduki tempat keempat sementara pasukan dari Liga Premier Pahang FA dan ATM berjaya merangkul tempat kelima dan keenam walaupun pernah menduduki tempat teratas dalam kedudukan Liga Super.

Perak FA, PKNS FC, Terengganu FA dan pasukan 'adik' T-Team semua berjaya mengelak penyingkiran dan akan kekal untuk bersaing dalam musim baru nanti sementara Felda United dan Negeri Sembilan akan ke Liga Premier.

Berikut adalah senarai pemain terbaik FOX Sports bagi musim Liga Super 2013 ini.

Tuesday, June 11, 2013

‘Moga-moga selamat’

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Irfan Bakti Abu Salim berharap tiada kecederaan menimpa enam pemain utama Merah Kuning yang bersama skuad kebangsaan di Australia menjelang misi penting memastikan sasaran berada di kelompok tiga terbaik Liga Super tercapai.

Pengendali Selangor itu berkata, penting bagi mereka tidak lagi kehilangan pemain selepas penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe sudah pasti tersisih kerana penggantungan satu perlawanan selain kecederaan dialami Mohd Bunyamin Umar dan Mohd Nasriq Baharom.

Sunday, March 24, 2013

Kelicikan Mahalli jadi tumpuan

Sumber: Utusan Online
 
SHAH ALAM - Biarpun beraksi di posisi pertahanan, namun Mahalli Jasuli mencuri tumpuan pada perlawanan menentang Yemen kelmarin kerana kerap mengkucar-kacirkan benteng lawan ketika membantu Malaysia merakam kemenangan 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 Stadium Shah Alam. 

Malah, bek kanan Selangor itu turut mendapat pujian pengendali Yemen, Tom Saintfiet apabila sering melakukan gerakan berbahaya dari sebelah kanan bersama Wan Zack Haikal Wan Noor.

Tuesday, March 12, 2013

Arab Saudi ukur kemampuan kita

Sumber: Utusan Online

K. Rajagobal cuba merampas bola daripada kawalan pemain skuad kebangsaan, Abdul Manaf (kiri) dalam latihan pasukan Harimau Malaya di padang Wisma FAM, Petaling Jaya, semalam. Malaysia akan menentang Arab Saudi pada perlawanan persahabatan 17 Mac ini. - UTUSAN/Izham Jaafar

PETALING JAYA - Bukan persahabatan biasa, tetapi ukuran awal menguji tahap pemain.

Itu penjelasan jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal selepas ditanya tentang persiapan anak-anak buahnya menguji kemampuan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 17 Mac ini.

Tuesday, January 8, 2013

Mahali tekad bantu Selangor raih piala

Sumber: Metro Online
 
Kuala Lumpur: Pemain pertahanan, Mahali Jasuli mengaku tidak berfikir panjang ketika menerima tawaran Selangor kerana dia yakin pasukan Gergasi Merah itu akan kembali bangkit mencabar kejuaraan musim ini selepas dua tahun tanpa sebarang piala.
 
Bekas kapten Harimau Muda A yang berasal dari Selayang itu berkata, rombakan dilakukan jurulatih Irfan Bakti Abu Salim dengan mempertaruhkan ramai pemain muda membuktikan kesungguhan mencapai sasaran sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

Thursday, December 27, 2012

Asraruddin calon ketua pasukan Selangor

 
SHAH ALAM - Dua musim tanpa sebarang piala sudah cukup membuatkan para peminat setia Selangor berasa kecewa memandangkan Red Giants masih dilihat kuasa utama bola sepak dalam persaingan Liga Malaysia selain daripada Kelantan.
 
Ditambah kehilangan ketua pasukan, Safiq Rahim yang mengambil keputusan berhijrah ke Johor Darul Takzim FC, ramai bimbang kekuatan Selangor semakin berkurangan.
 

Wednesday, December 26, 2012

Irfan tak gusar kebangkitan Johor



KUALA LUMPUR - Dua minggu menjelang pembukaan Liga Malaysia 2013, tidak banyak berita mengenai pasukan yang menduduki tangga ketiga Liga Super musim lalu, Selangor disiarkan kepada umum.

Bagaikan dipandang sepi persiapan mereka berbanding Johor Darul Takzim FC, Red Giants memilih pendekatan mendiamkan diri walaupun berjaya mendapatkan beberapa pemain berkualiti seperti S. Kunanlan dan Mahalli Jasuli bagi memperkuatkan pasukan.

Tuesday, December 11, 2012

Mahalli, Fadhli kecewa Thailand berjaya curi satu gol di Bukit Jalil



KUALA LUMPUR - Watak penting yang membawa kepada gol tunggal Harimau Malaya dalam perlawanan separuh akhir pertama kelmarin, Mahalli Jasuli mengakui kecewa kerana gagal mempertahankan kelebihan satu gol untuk dijadikan bekalan ke Bangkok, Khamis ini.

Merasakan kemenangan tipis 1-0 sudah mencukupi tanpa memberikan sebarang gol di tempat lawan kepada Thailand, bek kanan negara itu mengakui mereka berdepan tugasan sukar untuk meraih tempat ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2012.

Monday, December 3, 2012

Kim Swee arkitek gol Mahalli



KUALA LUMPUR - Walaupun tidak secara langsung, penghargaan wajar turut ditujukan kepada jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ekoran kejayaan Malaysia ke separuh akhir Piala Suzuki AFF selepas menumpaskan Indonesia 2-0, kelmarin.

Hasil didikan Kim Swee kepada Mahalli Jasuli dan Wan Zack Haikal Wan Nor dalam skuad belia negara sejak Kelayakan Olimpik tahun lalu hingga Liga Singapura musim ini, mereka merencanakan gerakan kedua-dua gol skuad kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Kata pengulas sukan TV Astro Arena, Azlan Johar, keseluruhan pasukan negara berhak dikalungkan tahniah dengan kejayaan ke separuh akhir selepas dikritik hebat kerana dikalahkan Singapura 3-0 tetapi cara kedua-dua gol yang melibatkan Mahalli itu cukup mengagumkannya.

Puji gandingan Wan Zack-Mahalli


Wan Zack Haikal (kiri) diasak pemain Indonesia, Novan Setya Sasongko pada perlawanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.


KUALA LUMPUR - Gandingan Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mahalli Jasuli pada bahagian kanan memuaskan hati pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal selepas Malaysia mengalahkan Indonesia 2-0 pada Piala Suzuki AFF, kelmarin.

Gol kedua jaringan Mahalli merupakan kombinasi bersama Wan Zack yang membawa skuad kebangsaan menang perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan mara ke separuh akhir kejohanan selaku naib juara Kumpulan B.

Menurut Rajagobal, pada mulanya dia meletakkan Wan Zack pada sayap kiri, posisi yang ditinggalkan S. Kunanlan kerana mengalami kecederaan, namun untuk serangan yang lebih berkesan, pemain Harimau Muda itu kembali ke posisi asal iaitu sayap kanan selepas 15 minit perlawanan.

Mahali tampil cemerlang


Harian Metro

PERTAHANAN negara, Mahali Jasuli sewajarnya diangkat sebagai wira ketika skuad negara menumbangkan Indonesia 2-0 malam kelmarin.

Bekas kapten Harimau Muda A itu tampil cemerlang apabila meledak gol kedua selepas melakukan hantaran silang kepada Azamuddin Mohd Akil bagi gol pembukaan.

Sunday, December 2, 2012

Garuda rebah


MAHALI Jazuli puas selepas menjaringkan gol kedua Malaysia untuk membantu Harimau Malaya menumbangkan Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B, malam tadi.


KUALA LUMPUR - Garuda akhirnya tumbang dibaham Harimau Malaya yang mencatat kemenangan 2-0 untuk merintis laluan ke separuh akhir Piala Suzuki AFF selaku naib juara Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Laluan Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan bagaimanapun penuh dengan ranjau apabila bakal berdepan pasukan pilihan, Thailand yang muncul juara Kumpulan A selepas Singapura menjuarai Kumpulan B dengan menang 4-3 ke atas Laos dalam satu lagi pertembungan, semalam.

Saturday, December 1, 2012

Malaysia, Singapura mara ke separuh akhir




KUALA LUMPUR 1 Dis. - Malaysia dan Singapura mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan terakhir Kumpulan B malam ini.

Malaysia yang membenam Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk berada di tangga kedua di belakang Singapura hasil perbezaan gol selepas masing-masing mengutip enam mata.

Gol-gol Harimau Malaya diperoleh pada minit ke-26 hasil jaringan Azamuddin Mohd Akil manakala Mahali Jasuli menambah derita Garuda, tiga minit kemudian.

Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Thailand manakala Singapura pula berhadapan Filipina pada aksi separuh akhir. - UTUSAN

Saturday, November 10, 2012

Tagih sokongan peminat lonjak semangat


Harian Metro

SOKONGAN peminat amat diharapkan ketika tugasan getir menanti skuad negara mempertahankan kejuaraan Piala AFF bermula 25 November ini.

Malah dalam tempoh dua minggu sebelum temasya dwitahunan ini membuka tirai, sokongan peminat turut ditagih barisan pemain negara selepas mengalami dua kekalahan (kepada Vietnam dan Thailand) dalam persiapan fasa akhir mereka.

“Sebagai pemain, saya mengaku sokongan peminat penting bagi melonjakkan semangat untuk berjuang,” kata pemain pertahanan negara, Mahali Jasuli.

Wednesday, May 30, 2012

Suntikan semangat


Harian Metro

PERTEMUAN persahabatan skuad negara menentang Filipina Jumaat ini penting bukan saja bagi meneruskan rentak kemenangan pada saingan antarabangsa tapi memberi suntikan semangat apabila bakal bertemu seteru utama, Singapura pada aksi timbal balik 8 serta 12 Jun ini.

Ia ujian sebenar untuk anak buah Datuk K Rajagobal selepas kemenangan besar 6-0 ke atas Sri Lanka April lalu tidak memberi impak yang besar sebaliknya ada yang menganggap kemenangan itu sudah dijangka kerana bertemu lawan yang menduduki ranking lebih rendah berbanding skuad negara.

Thursday, April 19, 2012

Harimau Muda A intai tiga mata


Harian Metro

KAPTEN Harimau Muda A, Mahali Jasuli mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak keciciran mata apabila menentang Balestier Khalsa, esok jika mahu terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Singapura (Liga-S), Brunei DPMM FC.


Jika berjaya meraih tiga mata penuh pada aksi di Stadium Toa Payoh itu, Harimau Muda A boleh memintas Balestier Khalsa yang kini menduduki tangga kedua dengan 18 mata, satu mata mengatasi barisan muda kendalian Ong Kim Swee.

Wednesday, January 4, 2012

Mahali kapten baru Harimau Muda A

MAHALI pemain paling senior dalam pasukan Kim Swee.
MAHALI pemain paling senior dalam pasukan Kim Swee


Hadapi saingan Liga Singapura bermula 9 Februari ini 

PEMAIN pertahanan kanan, Mahali Jasuli secara rasmi diumum selaku kapten baru skuad Harimau Muda A bagi menghadapi saingan Liga Singapura 2012 bermula 9 Februari ini.

Perkara itu disahkan jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee pada sesi latihan pertama skuad berkenaan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, petang semalam.
“Mahali adalah pemain paling senior dalam pasukan dan saya yakin dia mampu membimbing pemain muda lain terutama yang baru diserapkan dari skuad Harimau Muda B. 

“Saya juga melantik Affize Faisal Mamat dan Irfan Fazail sebagai penolong kapten,” kata Kim Swee ketika ditemui sebelum sesi latihan. 

Pemilihan Mahali, 23, itu dibuat Kim Swee selepas dia kehilangan dua pemain yang pernah menggalas tugas kapten Harimau Muda A sepanjang 2011 iaitu Muslim Ahmad dan K Gurusamy yang kini sudah berpindah ke Terengganu dan Selangor. 

Dalam sesi latihan pertama, petang semalam menyaksikan 29 pemain disenaraikan Kim Swee turun menjalani latihan kecuali enam pemain cedera yang sekadar menjalani latihan ringan. 
“Saya masih belum boleh menggunakan khidmat Izzaq Faris Ramlan, Gary Steven Robbat, Syahid Zaidon, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan Irfan yang semuanya masih cedera. 

“Cuma saya harap muka-muka baru tersenarai kali ini harus mengekalkan disiplin dan cuba belajar mencari pengalaman sepanjang saingan Liga Singapura nanti. Selepas seminggu, latihan kita akan lebih keras,” tegas Kim Swee. 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...