Wednesday, November 13, 2013

Marzuki nafi sarung jersi PDRM

Sumber: Harian Metro

Kuala Terengganu: Kapten T-Team Marzuki Yusof menafikan desas-desus akan menyarung jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM) musim depan.

Pemain pertahanan itu terkejut dengan berita perpindahan sedangkan dia tidak pernah menerima tawaran daripada pasukan Liga Perdana itu.



“Saya kekal bersama T-Team dan tidak tahu menahu isu perpindahan ini. “Kontrak saya bersama T-Team hingga 2014 dan fokus utama terhadap pasukan ini musim depan selepas melalui musim mengecewakan musim ini,” katanya.

Dia yang mula menyarung jersi Terengganu sejak 2001 dan membantu pasukan itu merangkul Piala Malaysia pada tahun itu juga bertekad mahu mengulangi kejayaan bersama The Titans musim depan.

Bekas tonggak kebangsaan itu berharap T-Team lebih berjaya di bawah bimbingan jurulatih baru, Mohd Azraai Khor Abdullah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...