Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Liga bola Indonesia di saluran Astro


JAKARTA - Populariti penyerang Malaysia, Mohd. Safee Sali menerusi kelab Pelita Jaya, menarik minat syarikat produksi Broadway Media untuk menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Perdana Indonesia musim baru di negara ini.

Bermula 8 Oktober ini, Broadway Media bakal menyiarkan perlawanan Liga Perdana Indonesia menerusi saluran berbayar, Pelangi dan Bintang di stesen televisyen satelit pertama negara, Astro.

Pengerusi Eksekutif Broadway Media, Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed berkata, selain kejayaan Safee di Indonesia, penayangan Liga Perdana Indonesia di Astro akan membantu membuka lembaran baru industri bola sepak Malaysia.

"Broadway Media menyediakan platform yang turut membuka ruang kepada usaha meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

"Kita percaya banyak hal yang boleh industri bola sepak Malaysia pelajari daripada Liga Perdana Indonesia menerusi kerjasama yang dimeterai ini," kata Syed Ahmad di sini, baru-baru ini.

Syed Ahmad mewakili Broadway Media menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT Liga Prima Indonesia yang merupakan pengelola pertandingan bola sepak profesional Indonesia, Liga Perdana Indonesia yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Widjajanto.

Menyaksikan majlis menandatangani MoU itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng.

Menerusi MoU itu, kata Syed Ahmad, Broadway Media memperoleh hak untuk menayangkan perlawanan berkenaan di saluran Bintang (saluran 141, Astro) dan Pelangi (saluran 142, Astro) serta untuk tayangan di Brunei. - Utusan

Friday, August 19, 2011

Tony, Kamarudin beli QPR



KUALA LUMPUR – Tune Sport Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun, semalam membeli kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPR).

Syarikat Malaysia itu membeli 66 peratus kepentingan Bernie Ecclestone dalam kelab bola sepak itu pada harga yang tidak didedahkan.

Pembelian tersebut menyaksikan Tune Sports menjadi syarikat Malaysia pertama memiliki pasukan Liga Perdana Inggeris.

Pembelian itu juga menyaksikan Tony kini adalah pengerusi baru dan Kamarudin ahli lembaga pengarahnya manakala keluarga Mittal mengekalkan 33 peratus kepentingan kelab itu.

Kamarudin berkata, antara faktor QPR dipilih ialah kelab itu baru sahaja dinaikkan ke Liga Perdana dan berpangkalan di London.

“Kami akan membina pasukan ini. Kami mahu melibatkan diri dengan kelab ini.

“QPR menawarkan potensi yang baik kerana ia mempunyai pemain dan pengurus yang baik. Beri mereka peluang,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Tony dan Kamarudin menguasai 75 peratus dalam Tune Sports manakala baki 25 peratus dimiliki oleh Ruben Gnanalingam.

Hasrat Tony dan Kamarudin untuk memiliki kelab Liga Perdana bukan baru dan pada tahun lalu beliau terlepas peluang untuk memiliki West Ham, yang merupakan pasukan kegemarannya kepada David Sullivan dan David Gold.

Menurut Kamarudin, selain mengetengahkan syarikat Malaysia di arena antarabangsa, sukan bola sepak tempatan juga boleh meraih manfaat daripada pembelian QPR itu.

“Pelbagai cara boleh dilakukan pada masa depan yang antaranya ialah dalam bentuk kerjasama dan juga mungkin mewujudkan akademi bola sepak,” jelas beliau.

Sementara itu, Tony, yang menganggapnya seorang peminat West Ham dalam laman sosial Twitter seperti dipetik AFP berkata, beliau sejak sekian lama memegang satu ‘tempat lembut’ bagi QPR yang digelarnya sebagai sebuah ‘berlian mentah’.

“Rangers merupakan salah sebuah pasukan pertama yang saya tonton ketika kecil di Loftus Road. Saya sentiasa mahu terlibat dalam bola sepak dan tarikan kelab London seperti QPR ialah peluang yang terlalu bagus untuk ditolak. QPR ialah sebuah berlian mentah dan semoga saya mampu menyumbangkannya menjadi berlian,” katanya.

Fernandes pemilik QPR

LONDON: Datuk Seri Tony Fernandes - pemilik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia - sudah berjaya melengkapkan misi mengambil alih Queens Park Rangers, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Usahawan Malaysia itu kini sudah disahkan selaku pemegang saham 66 peratus kelab berkenaan daripada bekas pemegang, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.

Fernandes, 47, yang juga pemilik pasukan Formula Satu, Team Lotus akan bergandi­ngan dengan keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus saham dalam kelab berkenaan.“Saya adalah peminat setia West Ham sejak kecil tapi saya juga meminati QPR dan anggap mereka permata yang belum digilap. Saya sentiasa mahu terbabit dalam bola sepak sejak kecil dan tidak mahu menolak tawaran baik ini,” katanya. - Agensi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...