Showing posts with label Mazlizam Mohamad. Show all posts
Showing posts with label Mazlizam Mohamad. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

T-Team Risau 6 Pemain Tonggak Tak Turun Perlawanan Persahabatan


KUALA TERENGGANU, 21 Nov  – Kelibat enam pemain tonggak skuad T-Team tidak kelihatan apabila pasukan Liga Super itu mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Piala Emas Raja-Raja Terengganu di sini, semalam.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Program Khas Sukan/T-Team Ab Rashid Jusoh berkata beliau tidak pasti kenapa enam pemain itu gagal turun walaupun sebelum itu mereka menyertai sesi latihan.

Pemain pemain tersebut ialah penjaga gol Syamsuri Mustapa, Zairo Anuar Zalani, Wan Alif Jasmin, Shahrizal Faizal, Mohd Fais Sobri dan Nor Fazly Alias.

Monday, November 5, 2012

Terengganu lepaskan Marzuki, Mazlizam ke T-Team



KUALA TERENGGANU - Selepas kehilangan 10 pemain, skuad bola sepak Terengganu terpaksa menerima hakikat kehilangan dua lagi tonggak mereka yang mencatur nasib menyertai pasukan lain musim depan.

Marzuki Yusof dan Mazlizam Mohamad kini sah akan menyarung jersi 'pasukan adik', T-Team musim depan selepas mendapat lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk berhijrah.

Menurut Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh, persatuan tiada pilihan selain mengambil keputusan untuk melepaskan kedua-dua pemain itu bagi membolehkan mereka meneruskan karier bersama pasukan baru.

Monday, December 12, 2011

'Saha' penyerang penyu paling bernilai



KUALA TERENGGANU - Mohd. Ashaari Samsudin atau lebih dikenali dengan panggilan 'Saha' menggondol tiga daripada tujuh anugerah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kelmarin.

Penyerang tengah itu diiktiraf sebagai pemain skuad Penyu paling bernilai dengan kemahiran dan ketangkasan beraksi sepanjang Liga Malaysia musim lalu menerusi Anugerah Terbilang.

Selain itu, dia juga menerima Anugerah Setia Tempatan yang diberikan kepada anak negeri yang kekal bersama skuad penyu sejak tahun 2004.

Anugerah yang sama turut dikongsi dua lagi anak tempatan, iaitu penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee dan penyerang berbisa, Abdul Manaf Mamat yang mula beraksi pada 2005.

Ashaari turut berkongsi Anugerah Perkasa, iaitu anugerah yang diberikan kepada pemain yang beraksi paling lama di atas padang bersama empat lagi pemain iaitu Sharbinee, Reeshafiq Alwi, Abdul Hadi Yahya dan kapten, Mazuki Yusof.

Mazuki juga menggondol Anugerah Juragan iaitu pemain yang mempunyai sifat kepimpinan dalam pasukan, manakala Abdul Manaf diiktiraf sebagai penerima Anugerah Nelang selepas beraksi cemerlang ketika menentang Kelantan di suku akhir Piala Malaysia biarpun baru kematian bapanya.

Turut menerima anugerah pemain skuad Sukan SEA, Zubir Azmi (Anugerah Pemain Harapan) dan empat pemain luar iaitu Mazlizam Mohamad, Joseph Kalang Tie, Abdul Hadi dan Reeshafiq menerusi Anugerah Setia Luar.

Pada majlis yang sama, PBSNT turut mengagihkan insentif kepada 23 pemain yang membawa Terengganu muncul naib juara Piala Malaysia yang lalu.

Menurut Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh wang itu diberikan mengikut masa dan kekerapan seseorang pemain itu beraksi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...