Showing posts with label Izham Tarmizi Roslan. Show all posts
Showing posts with label Izham Tarmizi Roslan. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Tagih 12 pemain luar: Kim Swee

SUmber: Harian Metro
Kelana Jaya: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee menagih khidmat sekurang-kurangnya 12 pemain luar untuk bergabung dengan pemain Harimau Muda A bagi melakukan persiapan rapi menghadapi Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini.

Wednesday, December 18, 2013

Harimau jumpa Garuda

Sumber: Utusan Malaysia
 
NAY PYI TAW - Harimau Muda membuktikan status mereka sebagai juara bertahan Sukan SEA apabila mencalar keegoan Vietnam dengan kemenangan 2-1 di Stadium Zeyar Thiri pada aksi terakhir Kumpulan A, sekali gus mengesahkan tiket ke separuh akhir.

Kemenangan berharga itu jelas tidak dicapai dengan mudah, apabila terpaksa bermandi keringat sepanjang 80 minit menahan asakan menggila Vietnam sebelum jaringan pemain sayap kiri, Ashri Chucu pada minit ke-82 berjaya membunuh api perjuangan lawan.

Tuesday, December 10, 2013

Komunikasi!

Sumber: Harian Metro
 
Nay Pyi Taw: Penjaga gol utama negara Izham Tarmizi Roslan mahu memastikan tiada lagi kesilapan mudah berlaku antara dirinya dan barisan pertahanan menjelang perlawanan pembukaan menentang Brunei, malam ini.

Kegagalan berkomunikasi dengan baik dengan pertahanan tengah, Shahrul Saad menyebabkan skuad negara tewas kepada Myanmar 1-0 di separuh akhir Piala BIDC bulan lalu.

Saturday, April 21, 2012

Harimau Muda akur disekat Balestier Khalsa

BH Online

HARIMAU MUDA terpaksa menggigit jari lagi apabila hasrat melonjak ke tangga teratas liga disekat Balestier Khalsa FC yang menang 2-0, sekali gus merampas kedudukan teratas daripada DPMM Brunei FC dalam saingan Liga Singapura (Liga-S) di Stadium Toa Payoh, malam tadi. 

Tanpa kelibat Fadhli Shas yang digantung satu perlawanan, benteng Harimau Muda tampak goyah apabila seawal minit dikejutkan dengan gol pertama Balestier Khalsa FC menerusi rembatan deras Hamgaamal Shah dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...