
![]() |
| DANIEL Gonzales Guiza (dua dari kiri) bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) dan jurulatih Johor, Fandi Ahmad selepas sidang akhbar di Johor, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI |
JOHOR BAHRU - Daniel Gonzales Guiza yang pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 ketika mewakili Mallorca berjanji memberikan aksi terbaik, sekali gus mahu melihat pasukan Johor menjuarai Liga Super tahun depan.
Pemain Getafe berusia 32 tahun itu yang dinanti-nantikan peminat bola sepak Johor tiba di sini semalam juga melahirkan keyakinan mampu menyesuaikan diri dalam saingan elit domestik, walaupun tidak tahu mengenai bola sepak Malaysia.
Guiza, yang kelihatan semangat turut melaungkan amaran awal untuk muncul penjaring terbanyak serta berusaha mencipta jaringan dalam setiap perlawanan yang diharungi bagi misi memburu Kasut Emas dan menjaga status sebagai pemain import termahal dalam Liga Malaysia.


