Showing posts with label Mohamad Farizal Marlias. Show all posts
Showing posts with label Mohamad Farizal Marlias. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

Razi, Mohd Nor calon utama ganti Farizal

Sumber: Harian Metro
 
Ipoh: Kekosongan di benteng terakhir Perak berikutan pemergian penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias dan Khairul Amri Salehuddin diisi oleh bekas penjaga gol PKNS, Razi Effendi Suhit dan penjaga gawang pasukan UiTM, Mohd Nor Haziq Aris.

Farizal memilih haluan berbeza untuk menyertai Selangor manakala Amri memohon pelepasan untuk ke Pulau Pinang.

Sunday, November 17, 2013

Selangor sasar satu piala musim depan

Sumber: Utusan Malaysia
 
PETALING JAYA - Selangor mensasarkan sekurang-kurangnya menjulang satu piala pada aksi Liga Malaysia 2014.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, Selangor sudah terlalu lama tidak menjulang trofi kejuaraan dan kini sudah tiba masanya untuk skuad The Red Giants kembali mengulangi kecemerlangan lalu.

Wednesday, November 6, 2013

FAS pikat khidmat Andik

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Pemain Indonesia, Andik Vermansyah kini berada dalam radar Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang berusaha mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu.

Perkembangan itu diakui Timbalan Presiden FAS Datuk Mokhtar Ahmad yang mengesahkan usaha untuk mendapatkan pemain yang terkenal dengan jolokan “Messi Indonesia” itu masih pada peringkat rundingan.

Friday, January 4, 2013

Azraai optimis keupayaan Seladang

Sumber: Metro Online
 
JURULATIH Perak, Mohd Azraai Khor optimistik terhadap keupayaan Seladang memberi cabaran dalam kancah Liga Super 2013 bermula 8 Januari ini.
 
Walaupun tidak berada dalam kelompok pasukan elit dan berbelanja besar seperti Johor dan Kelantan, pengendali berpengalaman itu yakin terhadap keupayaan anak buahnya memberi cabaran sengit kepada setiap pencabar. Seladang hanya boleh berbangga dengan kehadiran penjaga gol utama Harimau Malaya, Mohd Farizal Marlias
 
Begitupun pemain seperti S Chanturu, Yong Kuong Yong, Shahrulnizam Mustapa, Abd Hadi Yahaya, Khairi Kiman, Azlan Ismail, V Thirumurugan dan Sharom Kalam sudah membuktikan kemampuan mereka.

Monday, December 17, 2012

Azraai bentuk keserasian

Harian Metro


KEPUTUSAN perlawanan tidak penting sebaliknya ketua jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah menjadikan tiga perlawanan pemanas badan semasa Jelajah Utara mulai hari ini sebagai pentas membentuk keserasian dan meningkatan persefahaman sepasukan.

“Saya tidak kisah apa juga keputusannya kerana yang menjadi keutamaan ialah membentuk kemantapan taktikal pasukan.

“Justeru itu setiap pemain akan diberi peluang beraksi untuk menunjukkan kemampuan masing-masing serta apa yang mampu mereka lakukan di atas padang,” kata Azraai ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan pemain Liga Super Seladang di Ipoh, petang semalam.

Saturday, December 15, 2012

Farizal minta maaf

Harian Metro


MESKIPUN beraksi cemerlang menjaga gawang skuad negara ketika bertemu Thailand kelmarin, Mohd Farizal Marlias tetap merendah diri dengan secara terbuka memohon maaf kepada semua penyokong Harimau Malaya kerana kegagalannya serta rakan sepasukan mempertahankan Piala AFF.

Kerja keras penjaga gol Negeri Sembilan itu nyata masih belum cukup untuk menafikan kemenangan Thailand apabila Farizal tewas dua kali menerusi gol mudah.

Saturday, December 8, 2012

Farizal tak rela dibolosi




PETALING JAYA - Sama ada diturunkan atau tidak, penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias sedia untuk memastikan gawang Harimau Malaya tidak dibolosi apabila menentang Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Bekas penjaga gol Shahzan Muda, Perlis dan Negeri Sembilan itu, berkata, latihan seminggu selepas saingan peringkat kumpulan banyak membantu persediaannya.

"Semuanya sudah bersedia, saya berlatih seperti biasa tanpa ada sebarang latihan istimewa, saya boleh diturunkan pada bila-bila masa untuk berdepan dengan Thailand dalam separuh akhir nanti," katanya ketika ditemui kelmarin.

Monday, December 3, 2012

Puji gandingan Wan Zack-Mahalli


Wan Zack Haikal (kiri) diasak pemain Indonesia, Novan Setya Sasongko pada perlawanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.


KUALA LUMPUR - Gandingan Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mahalli Jasuli pada bahagian kanan memuaskan hati pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal selepas Malaysia mengalahkan Indonesia 2-0 pada Piala Suzuki AFF, kelmarin.

Gol kedua jaringan Mahalli merupakan kombinasi bersama Wan Zack yang membawa skuad kebangsaan menang perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan mara ke separuh akhir kejohanan selaku naib juara Kumpulan B.

Menurut Rajagobal, pada mulanya dia meletakkan Wan Zack pada sayap kiri, posisi yang ditinggalkan S. Kunanlan kerana mengalami kecederaan, namun untuk serangan yang lebih berkesan, pemain Harimau Muda itu kembali ke posisi asal iaitu sayap kanan selepas 15 minit perlawanan.

Thursday, November 8, 2012

Makin parah

Harian Metro

FARIZAL...lakukan kesilapan mudah.
FARIZAL...lakukan kesilapan mudah.


KEBIMBANGAN semakin memuncak buat peminat bola sepak tempatan selepas dihidang aksi longlai skuad negara yang kecundang 0-2 kepada Thailand dalam aksi persahabatan di Bangkok, malam tadi.

Tuesday, November 6, 2012

‘Khairul tidak harus dipersalahkan’


Harian Metro

KEPUTUSAN terletak kepada pengendali negara, Datuk K Rajagobal, namun Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Farizal Marlias sentiasa mendapat kepercayaan jurulatih penjaga gol skuad negara, Mohd Fauzi Mukhlas untuk mengawal benteng terakhir skuad negara bagi aksi persahabatan menentang Thailand di Bangkok, malam esok.

Katanya, beliau sentiasa menaruh kepercayaan kepada semua penjaga gol yang dipilih bagi menggalas tugas.

“Mereka yang terbaik di negara kita. Tidak kira siapa diturunkan, saya harap mereka sentiasa menunjukkan kematangan,” katanya yang kini bersama skuad kebangsaan di negara Gajah Putih itu selepas aksi persahabatan menentang Vietnam di Hanoi, Sabtu lalu.

Tuesday, October 30, 2012

Jang intai Ghani, Hamsani


Harian Metro

SELEPAS kehilangan Mohd Shukor Adan dan Mohd Farizal Marlias, pemain pertahanan Felda United FC, Abd Ghani Abd Rahman dan penjaga gol, Mohd Hamsani Ahmad antara pemain luar terbaru disebut-sebut bakal menyarung jersi Negeri Sembilan pada Liga Malaysia 2013.

Kedua-dua pemain itu dijangka mengisi kekosongan ditinggalkan Shukor yang berpindah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mohd Farizal yang beralih angin ke Perak.

Sunday, October 28, 2012

Pemain Kelantan kuasai pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012


KUALA LUMPUR - Pemain dari pasukan Kelantan, yang merangkul gelaran trebel musim ini, menguasai senarai pendek calon untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena FAM 2012.
    
Pasukan Pantai Timur itu, yang meraihkan gelaran Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini, mempunyai pemain dalam kesemua lapan kategori pada majlis penyampaian anugerah pada Selasa ini di Shah Alam.
    
Acara tahunan itu, yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bertujuan mengiktiraf pencapaian pemain tempatan sepanjang musim ini, menurut kenyataan penaja bersama, F&N Beverages, di sini hari ini.
    

Perak sambar Azidan Sarudin dan S. Chanturu


Pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin, 26, menjadi pemain luar yang ketujuh diikat oleh Perak bagi Liga Super musim 2013 akan datang.

Pengurus Pasukan Perak, Khairul Azwan Harun mengesahkan pengambilan Azidan bagi menguatkan bahagian tengah bersama-sama Shahrulnizam Mustapa.

Sebelum ini, penyerang Kelantan, S. Chanturu menjadi pemain keenam yang diikat oleh Perak walaupun masih menghadapi masalah kecederaan.

Walau bagaimanapun Perak tetap percaya Chanturu mampu pulih daripada kecederaannya dan mampu memulakan latihan bersama-sama pemain lain pada bulan Disember ini.

Wednesday, June 6, 2012

Apek rebut slot


Harian Metro

POSISI penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mula tergugat apabila dia kini terpaksa bersaing merebut tempat bersama Mohd Farizal Marlias dan Mohd Sharbinee Allawee.

Ini terbukti apabila ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal menyenaraikan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal ketika Malaysia seri tanpa jaringan menentang Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa Jumaat lalu.

Namun Khairul Fahmi yang menerima pujian memiliki sepasang ‘tangan emas’ ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan Sea Indonesia tahun lalu tidak terkilan dengan keputusan pengendali negara itu sebaliknya bersedia bersaing untuk merebut posisinya bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Singapura Jumaat ini.

Wednesday, April 11, 2012

Senarai Pelatih Kebangsaan Perlawanan Menentang Sri Lanka 28 April 2012


Senarai 20 pelatih skuad kebangsaan menentang Sri Lanka pada 28th April 2012 di Stadium Shah Alam, Selangor.


1. Farizal Marlias (Negeri Sembilan)
2. Syed Adney Syed Hussin (Sabah)
3. Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM FA)
4. G. Mahathevan (Negeri Sembilan)
5. Azmi Muslim (ATM FA)
6. Asrarudin Putra Omar (Selangor)
7. Zulharis Mohd Noor (PKNS FC)
8. Dzulazlan Ibrahim (Sarawak)
9. Amirizwan Taj (ATM FA)
10. Helmi Rameli (PKNS FC)
11. S. Kunanlan (Negeri Sembilan)
12 Safiq Rahim (Selangor)
13 Venice Elphi (ATM FA)
14 Bunyamin Omar (Selangor)
15. K. Gurusamy (Selangor)
16. Christie Jayaseelan (ATM FA)
17. Ashri Chuchu (Sarawak)
18. Zaquan Adha Abdul Radzak (ATM FA)
19. Khairul Izuan Abdullah (PDRM FA)
20. Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan FA)

Wednesday, August 3, 2011

Farizal sedia rampas status No. 1

FARIZAL (depan) kembali mendapat kepercayaan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

REAKSI penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias terkejut bercampur gembira apabila mengetahui namanya tersenarai semula untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula petang ini.
Aksi cemerlang Farizal, 25, mengawal gawang barisan Pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu Chelsea pada 21 Julai lalu membuktikan dirinya masih layak untuk menyarung jersi No. 1 skuad kebangsaan.
Bagi penjaga gol kelahiran Pahang itu, dia mahu menggunakan sepenuhnya peluang menyertai kem latihan skuad kebangsaan itu untuk meyakinkan semula jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
"Saya rasa sangat bersyukur kerana dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan. Dua misi saya ketika beraksi menentang Chelsea tempoh hari telah berjaya.
"Pertama saya bertekad gawang tidak dibolosi Chelsea dan ia berjaya. Keduanya saya mahu kembali ke skuad kebangsaan dan ia kini sudah tercapai.
"Jadi tugas saya sekarang adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan nanti bagi meningkatkan prestasi selain memikat hati jurulatih," kata Farizal ketika dihubungi Kosmo!semalam.
Dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat yang berlepas ke Slovakia awal pagi tadi untuk menyertai latihan skuad Olimpik negara, Farizal akan berlatih bersama Sharbinee Allawee Ramli dan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali yang dipanggil menggantikan Nasril Nourdin.
Farizal, Sharbinee dan Norazlan pasti akan berusaha meyakinkan Rajagobal dan jurulatih penjaga gol negara, Faozi Mukhlas untuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Oman di Muscat pada 10 Ogos ini.
"Saya berharap dapat terpilih untuk beraksi menentang Oman nanti kerana sudah lama saya tidak berpeluang beraksi pada perlawanan antarabangsa seperti ini.
"Tetapi saya tetap perlu berusaha keras kerana tiada jaminan automa- tik untuk mengisi tempat sebagai penjaga gol utama," jelas Farizal yang pernah menyarung jersi Shah- zan Muda dan Perlis.
Farizal merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak Rajagobal dilantik sebagai jurulatih pada 2009 tetapi diketepikan selepas mengalami kecederaan patah tulang pipi pada Julai 2010.

Saturday, July 23, 2011

Boas puji aksi cemerlang Farizal jaga gawang

KUALA LUMPUR – Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas memuji aksi cemerlang penjaga gol Malaysia, Mohamad Farizal Marlias yang dianggap penghalang utama kepada barisan pemain bintangnya untuk meledakkan gol.

Beliau berkata, pasukannya memiliki banyak peluang untuk melakukan jaringan, namun gagal disempurnakan disebabkan ketangkasan Farizal menyelamatkan banyak percubaan anak-anak buahnya.

“Penjaga gol Malaysia telah beraksi dengan baik sekali bagi mengekang jaringan dilakukan dengan banyak, malah mereka juga memiliki dua peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada hujung permainan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan antara skuad Pilihan Malaysia menentang Chelsea berakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, kelmarin.
Menurut Boas, keseluruhannya skuad Malaysia telah mempamerkan aksi hebat bagi mengekang kemaraan anak-anak buahnya.

“Malaysia telah memberikan permainan yang berkualiti dan kami pula amat kurang melakukan hantaran secara menegak dan kebanyakan hantaran yang kami lakukan secara melintang.

“Kami sebenarnya memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi percubaan yang dilakukan pemain gagal menemui sasaran,” ujarnya.

Mengulas mengenai penyerang Sepanyol, Fernando Torres yang gagal menyerlah, Boas memberitahu, persembahan Torres tidak seharusnya dinilai secara individu kerana dia beraksi dalam sebuah pasukan.

“Saya tidak faham mengapa persoalan ini kerap dibangkitkan kerana bagi saya objektif yang paling penting ialah bermain secara berpasukan dan bukannya menyalahkan individu,” tegasnya.

Malah, Boas juga kurang menyenangi apabila yuran perpindahan Torres yang bernilai 50 juta pound (RM243 juta) dibangkitkan kerana baginya isu tersebut tidak seharusnya diperkatakan lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...