Showing posts with label Mohd Nasir Basharuddin. Show all posts
Showing posts with label Mohd Nasir Basharuddin. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

JDT masuk perangkap Polis

PENYERANG JDT, Luciano Figueroa cuba melepaskan diri daripada
PENYERANG JDT, Luciano Figueroa cuba melepaskan diri daripada asakan dua pemain PDRM, Kughebe Onoriode dan Mohamad Muslim (bawah) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam semalam. PDRM menang 1-0. – MINGGUAN/Saharuddin Abdullah

Sumber: Utusan Online

SHAH ALAM - Reputasi hebat juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) tercalar di Stadium Shah Alam apabila mereka tumpas 1-0 di tangan PDRM melalui jaringan pemain dari Gambia, Mohamadou Sumareh pada minit ke-76.

Kemenangan PDRM itu, yang merupakan juara Liga Perdana musim lalu, jelas memberikan amaran tersendiri kepada pencabar-pencabar lain bahawa kehadiran skuad kendalian Azman Adnan itu tidak boleh dipandang sepi pada musim ini.

Tuesday, December 24, 2013

Gembira lihat persaingan: Bakar

Sumber: Harian Metro
 
Ipoh: Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim gembira melihat persaingan sengit di kalangan anak buahnya terutama pemain muda merebut tempat dalam kesebelasan pasukan setakat ini.

Bakar berkata demikian berdasarkan persembahan pemain ketika menentang FELDA United pada perlawanan persahabatan di Ipoh, Sabtu lalu. Perak menang 2-1 

“Saya suka dengan apa yang saya lihat. Setiap pemain menunjukkan kesungguhan dan berusaha menunjukkan kemampuan masing-masing setiap kali diturunkan. 

Thursday, December 27, 2012

Nasir lebih bersemangat

 Sumber: Harian Metro Online
 
ANUGERAH ‘Pemain Terbaik Perlawanan Akhir’ yang dimenangi pada final Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-72, baru-baru ini meningkatkan keyakinan Mohd Nasir Basharuddin untuk memberi aksi terbaik kepada pasukan Liga Super musim depan.
 
“Saya tidak sangka memenangi anugerah itu. Ini kali pertama saya mendapat penghargaan sebegitu. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk membantu Perak menghadapi Liga Super 2013.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...