Tuesday, December 24, 2013

Gembira lihat persaingan: Bakar

Sumber: Harian Metro
 
Ipoh: Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim gembira melihat persaingan sengit di kalangan anak buahnya terutama pemain muda merebut tempat dalam kesebelasan pasukan setakat ini.

Bakar berkata demikian berdasarkan persembahan pemain ketika menentang FELDA United pada perlawanan persahabatan di Ipoh, Sabtu lalu. Perak menang 2-1 

“Saya suka dengan apa yang saya lihat. Setiap pemain menunjukkan kesungguhan dan berusaha menunjukkan kemampuan masing-masing setiap kali diturunkan. 


“Ini petanda baik dan saya berharap nilai-nilai ini diteruskan sepanjang kempen kami nanti,”katanya.


Begitupun Bakar sedar masih banyak yang perlu dilakukan oleh anak buahnya jika ingin berada pada tahap terbaik untuk menjadi pencabar disegani.

“Masih ada banyak kepincangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Berikutan itu kami akan mengatur beberapa perlawanan persahabatan sebelum sepak mula dalam usaha memantapkan lagi gandingan dan persefahaman sepasukan,”katanya.

Tambahan pula katanya pemain skuad Harimau Muda, Mohd Nasir Basharuddin serta dua awang import iaitu kapten skuad bawah 23 tahun Myanmar, Kyaw Zayar Win serta penyerang Bosnia, Zelemer Terkers perlu diberi kesempatan bergandingan dengan rakan lain.

Zayar Win belum menyertai pasukan kerana tugasan dalam Sukan SEA Myanmar manakala Terkers terpaksa pulang untuk menyelesaikan urusan peribadi di Croatia baru kembali ke Ipoh.

“Mereka langsung tidak berpeluang bermain bersama setakat ini. Kami perlu mengaturkan perlawanan berbentuk kompetitif untuk mereka,”katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...