Sumber: Harian Metro
Nay Pyi Taw: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menghantar Harimau Muda A beraksi di Australia tahun depan.
Perkembangan berkenaan disahkan Setiausaha Agungnya Datuk Hamidin
Mohd Amin yang melihat pendedahan berterusan di luar negara diperlukan
skuad muda negara.
“Harimau Muda A akan menyertai liga di Queensland bermula Mac hingga Oktober tahun depan selepas mendapat jemputan Persatuan Bolasepak Australia.
“Harimau Muda B pula bersaing di Liga Singapura manakala skuad bawah
21 tahun negara akan ke Vion, Slovakia pada Julai hingga November
selepas bersaing dalam Piala FAM,” katanya.
Hamidin turut berkata, pasukan yang terbabit dalam liga peringkat Asia Tenggara iaitu Asean Super League (ASL) tidak membabitkan pasukan yang beraksi di Liga Malaysia.
“Kami sudah mencapai persetujuan dengan sebuah pasukan dan pada dasarnya mereka sudah mencapai persetujuan. Namun kami masih mencari satu lagi pasukan bagi memastikan dua pasukan akan mewakili negara.
“Pasukan ini juga tidak dibenarkan menggunakan pemain sama yang
beraksi di liga domestik bagi mengelakkan perjalanan liga terganggu,”
katanya.
Saingan ASL yang dirancang bermula 2015 dijangka membabitkan sekurang-kurangnya 12 pasukan sudah mendapat persetujuan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Saingan akan merebut dua piala iaitu liga dan kalah mati yang
dijangka bermula pertengahan tahun 2015 agar tidak menganggu perjalanan
liga domestik semua negara yang bertanding, pengadil dan penggunaan
stadium.
Satu pengumuman rasmi dijangka akan dilakukan selepas mesyuarat majlis Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) yang akan dipengerusi Sultan Ahmad Shah esok di Nay Pyi Taw.
No comments:
Post a Comment