SUmber: Utusan online
![]() |
| Daniel Guiza (kiri) dan Simone Del Nero (kanan) berdiri di sisi kain rentang ketika mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Johor Darul Takzim selepas perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Selangor di Stadium Larkin, kelmarin. |
JOHOR BAHRU - Biarpun Daniel Guiza dan Simone Del
Nero hanya mampu bertutur dalam bahasa Sepanyol dan Itali, namun wajah
sugul kedua-duanya semalam nyata menggambarkan kesedihan mereka.
Kedua-dua pemain import yang mengharungi pusingan pertama saingan
Liga Super untuk pasukan Johor Darul Takzim dan membuat penampilan
terakhir kelmarin menzahirkan perasaan sedih kerana terpaksa
meninggalkan skuad Harimau Selatan.
Guiza dan Del Nero selepas perlawanan menentang Selangor pada suku
akhir pertama Piala FA itu nyata tidak mampu menahan sebak sehingga
mengalirkan air mata semasa memberi lambaian terakhir kepada ribuan
peminat dengan berjalan di sekeliling Stadium Tan Sri Hassan Yunos,
Larkin.

