Tuesday, December 31, 2013

Kim Swee bayang buat rombakan

Sumber: Utusan Malaysia
 
KUALA LUMPUR - Hari ini merupakan detik terakhir yang bakal memahat 1001 nostalgia dalam arena sukan negara mahupun antarabangsa apabila tahun 2013 bakal berlalu pergi sementara tirai 2014 sedang mengintai masuk dalam tempoh beberapa jam lagi.

Turut menerima tempias adalah kontrak Datuk K. Rajagobal selaku jurulatih Harimau Malaya akan tamat secara rasminya setelah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berhasrat menyambung khidmatnya, manakala esok pula, bermulalah langkah baharu jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menggalas tanggungjawab sukan No. 1 dunia itu.

Zubir tekad bantu Penyu musim depan

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Terengganu: Biarpun masih merasai keperitan akibat gagal mempertahankan ‘ibu segala pingat’ di Sukan SEA Myanmar baru-baru ini, pertahanan kiri Terengganu, Zubir Azmi bertekad melupakan terus kepedihan itu dengan memberi perhatian terhadap kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pertahanan berusia 22 tahun itu berkata, dia kini diberikan cuti rehat dan akan bersama-sama pasukan yang kini berada di Indonesia mengharungi siri perlawanan persahabatan pramusim.

Fauzi terpinggir

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Pernah dianggap sebagai senjata utama di bahagian serangan skuad Tok Gajah pada awal Liga Malaysia musim 2013, kelibat Fauzi Rozlan kini seakan terpinggir.

Dengan kehadiran bekas penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme dan Matias Conti yang mengesahkan tempat dalam skuad itu menambah lagi kesukaran pemain tempatan untuk mengisi tempat dalam kesebelasan utama.

Pendaftaran Amirulhadi diterima

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Pemain tengah Amirulhadi Zainal tiada masalah untuk beraksi dengan kelab barunya Johor Darul Takzim (Johor DT) bagi aksi Liga Super musim depan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain itu sudah didaftarkan sebelum tarikh pendaftaran pemain berakhir 17 Disember lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (JKPT) Datuk Seri Afandi Hamzah, biarpun dua pasukan Johor DT dan Pahang mendaftarkan nama Amirulhadi, pihaknya tetap menerima pendaftaran itu selepas Jawatankuasa Status Pemain FAM memutuskan bekas pemain kebangsaan itu menjadi milik Johor DT minggu lalu, 11 hari selepas tarikh pendaftaran ditutup.

‘Yol’ mula berasa lega

Sumber: Harian Metro
 
Johor Bahru: Tiada apa mampu diucapkan pemain tengah Amirulhadi Zainal sebaliknya wajah kelegaan terpancar sekali gus memberi sinar kepada pemain itu untuk mempamerkan aksi terbaik bersama Johor Darul Takzim (Johor DT) pada saingan Liga Malaysia (Liga M) yang menyingkap tirai 18 Januari ini.

Keputusan Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Jumaat lalu, berhubung isu pemain berusia 27 tahun itu didapati menandatangani dua kontrak bersama Johor DT dan Pahang sudah diputuskan apabila sekadar denda RM25,000 dikenakan manakala kontrak bersama Johor DT adalah sah sudah cukup memberi nafas baru buat pemain yang sinonim dengan panggilan ‘Yol’ itu.

Monday, December 30, 2013

Nasib 7 pemain KL 7 Januari

Sumber: Utusan Malaysia
 
PETALING JAYA - Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menangguhkan ke 7 Januari depan untuk membuat keputusan mengenai tujuh pemain Kuala Lumpur yang dituduh terlibat mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana 2013. 

Pengerusinya, Datuk Taufek Razak berkata, keputusan tidak dapat dibuat semalam bagi berlaku adil kepada semua pihak selepas jawatankuasa hanya sempat memanggil dua daripada mereka, Azizon Abdul Kadir dan Benedict Martin untuk memberikan keterangan dan membela diri.

Bunyamin pikat Durakovic

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Pemain pertahanan Bunyamin Omar menjadi pilihan pengurus dan jurulatih Selangor Mehmet Durakovic untuk mengetuai cabaran Merah Kuning musim depan.

Pemain berusia 25 tahun itu mula menyertai Merah Kuning sejak 2009 akan menggalas tugas ditinggalkan seorang lagi pemain pertahanan Asraruddin Putra Omar yang menyertai Johor Darul Takzim musim depan.

Perlu lebih kerja keras: Poyeng

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Kehadiran dua pemain pertahanan import memberi petunjuk pemain tempatan perlu bekerja keras jika mahu berada dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah musim depan.

Ia diakui pemain pertahanan Pahang yang berasa komitmen dan disiplin menjadi faktor utama jika mahu menambat hati jurulatih untuk disenaraikan pada setiap perlawanan.

Azam baru Piya

Sumber: Harian Metro
 
Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi berazam untuk tampil sebagai pemain bola sepak yang menutup aurat selepas pulang daripada mengerjakan umrah bulan lalu.

Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya berkata, sebelum ini dia pernah beraksi tanpa mendedahkan aurat namun ia hanya seketika, tetapi selepas pulang daripada mengerjakan umrah November lalu, dia nekad untuk beraksi dengan memenuhi tuntutan agama.

STADIUM LIGA MALAYSIA 2014

LIGA SUPER

ATM
Stadium MP Selayang
 
JDT
Stadium Larkin
 
Kelantan
Stadium Sultan Muhammad IV
 

Sunday, December 29, 2013

‘Nak pikat Darby’

Sumber: Harian Metro

Foto

Kota Bharu: Sebaik kecederaan yang dialaminya pulih, hanya satu yang ada di dalam fikiran pemain pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Abd Halim iaitu mahu menambat hati ketua jurulatih Steve Darby  bagi memastikan namanya berada di dalam kesebelasan utama untuk musim 2014 nanti.

Nik Shahrul Azim atau lebih dikenali sebagai 'Poknik', mengalami kecederaan lutut ketika membantu Harimau Muda menjulang Pesta Bola Merdeka September lalu sekali gus menyaksikan dia turut terlepas peluang menyertai skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee di temasya Sukan SEA Myanmar baru-baru ini.

Thursday, December 26, 2013

Perlu tegas

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sedia memberi kerjasama kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung status Mohd Amirul Hadi Zainal yang kini bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Setiausaha Agung PBNP Fuzeimi Ibrahim berkata, pihaknya akan membantu FAM terutama dari segi kedudukan Amirul Hadi yang sebelum ini menandatangani kontrak bersama skuad Tok Gajah.

Conti tidak anggap Nwaekaeme pesaing

Sumber: Harian Metro
 
Kuantan: Penyerang import Pahang Matias Conti tidak menganggap kehadiran bekas penyerang Kelantan, Dickson Nwaekaeme sebagai ancaman bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Ini kerana penyerang kelahiran Argentina yang juga penjaring tunggal final Piala Malaysia itu yakin jurulatih Ronald Smith mampu membuat pilihan terbaik siapa yang mampu mengisi posisi penyerang pasukan untuk musim depan.

Gandingan 3 Al- Ahly

Sumber: Harian Metro
 
Kota Bharu: The Red Warriors (TRW) yang memilih tiga tonggak import bekas pemain kelab Mesir, Al-Ahly membantu mempercepatkan keserasian sebelum saingan Liga M 2014 bermula.

Tiga tonggak itu adalah pemain tengah, Mohamed Shawky dan dua penyerang, Mohamed Ghaddar serta Francis Forkey Doe, sekali gus menyaksikan pertemuan kembali tiga bekas pemain Al-Ahly yang beraksi dengan kelab itu pada 2010.

Tagih magis Kim Swee

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Biarpun gagal mencapai misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap menagih khidmat jurulatih Harimau Muda A Datuk Ong Kim Swee yang bakal tamat kontrak pada 31 Disember ini.

Seperti ketetapan yang dibuat pada mesyuarat Exco FAM pada 24 November lalu, kontrak pengendali berusia 43 tahun akan disambung dan dilantik sebagai ketua jurulatih sementara skuad kebangsaan selepas kontrak Datuk K Rajagobal berakhir hujung bulan ini.

Tuesday, December 24, 2013

Reduan puas hati prestasi anak buah

Sumber: Harian Metro
 
Kangar: Kejayaan 100 peratus direkodkan dalam empat perlawanan persahabatan termasuk mengatasi Harimau Muda B, menyuntik semangat jurulatih Reduan Abdullah untuk memastikan skuad Singa Utara tidak mengecewakan pada kempen Liga M 2014.

Begitupun, Reduan mengakui tidak boleh terlalu berbangga dengan pencapaian yang dicatat anak didiknya kerana ianya sekadar perlawanan persahabatan. 

Gembira lihat persaingan: Bakar

Sumber: Harian Metro
 
Ipoh: Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim gembira melihat persaingan sengit di kalangan anak buahnya terutama pemain muda merebut tempat dalam kesebelasan pasukan setakat ini.

Bakar berkata demikian berdasarkan persembahan pemain ketika menentang FELDA United pada perlawanan persahabatan di Ipoh, Sabtu lalu. Perak menang 2-1 

“Saya suka dengan apa yang saya lihat. Setiap pemain menunjukkan kesungguhan dan berusaha menunjukkan kemampuan masing-masing setiap kali diturunkan. 

‘Tetap kena hukum!’

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: Tanpa aduan rasmi juga kami boleh ambil tindakan! Itu mesej jelas yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Takiyuddin Hassan kepada bekas pemain kebangsaan Mohd Amirul Hadi Zainal bahawa dia tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan jika didapati bersalah melanggar kontrak dengan Pahang apabila membuat pusingan U menyertai Johor Darul Takzim (JDT).

Friday, December 20, 2013

PAHANG FA 2014



NAMA PASUKAN PAHANG FA
GELARAN Tok Gajah
STADIUM Stadium Darul Makmur, Kuantan
PRESIDEN YAM Tengku Abd Rahman
PENGURUS PASUKAN Dato' Che Nasir B Salleh
KETUA JURULATIH Zainal Abidin Hassan
PEN. KETUA JURULATIH Ahmad Shaharuddin Rosdi
JURULATIH PENJAGA GOL Mudzar Mohamad
FISIOTERAPI Mohd Suhaimi Ramli
Adam Zuhairy
JURULATIH KECERGASAN I Mohd Kaizai Zainuldin
JURULATIH B21 Azaruddin Aziz
KITMAN Abdul Razak Akil
Abdul Rahim Kadir
PEG. KESELAMATAN Zolkefli Ibrahim
PEG. MEDIA Fuzzemi Ibrahim
PENCAPAIAN 2013 Liga Super - Tempat Ke 5 
Piala FA - Pusingan Ke 2
Piala Malaysia - Juara
LAMAN SESAWANG http://www.pahangfa.com/
FACEBOOK https://www.facebook.com/fa.pahang
KETUA PASUKAN Jalaluddin Jaafar
PENOLONG KETUA PASUKAN Mohd Razman Roslan
Jersi Nama T/Lahir Umur Pasukan Sebelum Warganegara
1 Mohd Khairul Azham Mohd Khalid (PG) 7-Nov-89 25 Pahang FA Malaysia
2 Jalaluddin Jaafar 1-Jan-75 39 Pahang FA Malaysia
3 Mohd Saifulnizam Miswan 3-Mar-81 33 Pahang FA Malaysia
4 Damion Delano Stewart  18-Aug-80 34 Pahang FA Jamaica
6 Zesh Rahman 14-Oct-83 31 Kitchee, Hong Kong Pakistan
7 Surendran A/L Ravindran 17-May-87 27 Pahang FA Malaysia
8 Azidan Sarudin 31-May-86 28 Pahang FA Malaysia
9 Matias Conti 17-Jan-90 24 Pahang FA Argentina
10 Dickson Nwakaeme 21-May-86 28 Kelantan FA Nigeria
11 Mohd Faizol Hussain 12-May-87 27 Pahang FA Malaysia
12 Mohd Azamuddin Md Akil 16-Apr-85 29 Pahang FA Malaysia
13 Mohd Razman Roslan 14-Aug-84 30 Pahang FA Malaysia
14 Mohd Faisal Mohd Rosli 17-Jan-90 24 Pahang FA Malaysia
15 Abdul Malik Bin Mat Arif 7-Jan-91 23 Pahang FA Malaysia
16 Mohd Hazri Rozali 26-Jun-86 28 Pahang FA Malaysia
17 Mohd Zaiza Zainal Abidin 1-Feb-86 28 Pahang FA Malaysia
18 Muhammad Syawal Norsam 29-May-89 25 Pahang FA Malaysia
19 Mohd Fauzi Roslan 27-Aug-88 26 Pahang FA Malaysia
20 Mohd Shahrizan Salleh 16-Jan-82 32 Pahang FA Malaysia
21 Mohd Hafiz Kamal 9-Jul-87 27 Pahang FA Malaysia
22 Muhammad Saufie Mohamad (PG) 22 Piala Presiden Malaysia
23 Mohd Nasril Nourdin (PG) 17-Apr-86 28 Pahang FA Malaysia
24 Gopinathan A/L Ramachandran 15-Dec-89 25 Pahang FA Malaysia
27 Mohd Shafei Zahari 18-Jan-93 21 Piala Presiden Malaysia
 TOP 3 PENJARING MUSIM 2013
1 Matias Conti Liga Super 3 Jumlah Gol Musim 2013 16
Piala FA 4
Piala Malaysia 9
2 Mohd Fauzi Roslan Liga Super 8 Jumlah Gol Musim 2013 11
Piala FA 2
Piala Malaysia 1
3 Mohd Azamuddin Md Akil Liga Super 1 Jumlah Gol Musim 2013 10
Piala FA 4
Piala Malaysia 5

SELANGOR FA (2014)





NAMA PASUKAN SELANGOR FA
GELARAN The Red Giant
STADIUM Stadium Shah Alam
PRESIDEN Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
PENGURUS PASUKAN Mehmet Durokovic
PEN. PENGURUS Datuk Mokhtar Ahmad
KETUA JURULATIH Mehmet Durokovic
PEN. JURULATIH Maniam A/L Pachaippan
JURULATIH PENJAGA GOL Robert Graskoski
JURULATIH B21 Muhd Adam Abdullah
JURULATIH B19 Muhd Nazliazmi Mohd Nasir
FISIOTERAPI Khidir Abd Karim Alfadli Ali
JURULATIH KECERGASAN Mashiedee Sulaiman
JURUURUT Zurshydee Abu Samah
PENCAPAIAN 2013 Liga Super - Naib Juara
Piala FA - Suku Akhir
Piala Malaysia - Peringkat Kumpulan
Piala AFC - Pusingan Ke 2
LAMAN SESAWANG http://faselangor.my/
FACEBOOK https://www.facebook.com/selangorfc
KETUA PASUKAN Mohd Bunyamin Umar
PENOLONG KETUA PASUKAN Mohd Fitri Shazwan Raduwan
Jersi Nama T/Lahir Umur Pasukan Sebelum Warganegara
1 Muhammad Syamim Othman (PG) 6-Jan-90 24 Johor FA Malaysia
2 Mohd Shazlan Alias 27-Dec-89 25 Selangor FA Malaysia
3 Mohd Azmi Muslim 17-Oct-86 28 Darul Takzim FC Malaysia
4 Steve Pantelidis  17-Aug-83 31 Perth Glory Australia
5 Mohd Shahrom Abd Kalam 15-Sep-85 29 Perak FA Malaysia
6 Abdul Shukur Jusoh 28-Feb-89 25 Selangor FA Malaysia
7 Andik Vermansyah 23-Nov-91 23 Persabaya, Indonesia Indonesia
8 Muhamad Nazmi Faiz Mansor 16-Aug-94 20 PKNS FC Malaysia
9 Paolo Rangel 4-Feb-85 29 Perak FA Brazil
11 Ahmad Hazwan Bakri 19-Jun-91 23 Harimau Muda A Malaysia
12 Mohd Bunyamin Umar (K) 7-Jan-88 26 Selangor FA Malaysia
14 Abd Hadi Yahya 6-Mar-85 29 Perak FA Malaysia
15 K.Gurusamy 11-Jan-89 25 Selangor FA Malaysia
16 Kunalan A/L Subramaniam 15-Sep-86 28 Selangor FA Malaysia
17 Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid 1-May-86 28 Kelantan FA Malaysia
18 Rajesh A/L Perumal 21-Jul-85 28 PKNS FC Malaysia
19 Muhammad Afiq Azmi 5-Jan-89 25 Selangor FA Malaysia
20 Thamil Arasu A/L Ambumamee 4-Jul-91 23 Harimau Muda A Malaysia
21 Mohd Hamsani Ahmad (PG) 25-Feb-76 37 Negeri Sembilan FA Malaysia
22 Evaldo Silva dos Santos 4-Jan-83 31 Villa Nova, Brazil Brazil
23 Veenood A/L Subramaniam 31-Mar-88 26 Selangor FA Malaysia
24 Mohd Fitri Shazwan Raduwan 8-Dec-87 27 Selangor FA Malaysia
25 Mohd Farizal Marlias (PG) 29-Jun-86 28 Perak FA Malaysia
 TOP 3 PENJARING MUSIM 2013
1 Francis Forkey Doe Liga Super 10 Jumlah Gol Musim 2013 13
Piala FA 2
Piala Malaysia 1
2 Mohd Amri Yahyah Liga Super 8 Jumlah Gol Musim 2013 11
Piala FA 1
Piala Malaysia 2
3 Kunalan A/L Subramaniam Liga Super 3 Jumlah Gol Musim 2013 5
Piala FA 0
Piala Malaysia 2

ATM FA 2014



NAMA PASUKAN ATM FA
GELARAN The Gladiators
STADIUM Stadium Selayang
PRESIDEN Gen.Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin
PENGURUS PASUKAN Satiananthan a/l Bhaskaran
PEN. PENGURUS Lt Col Alias Jaafar
KETUA JURULATIH Satiananthan a/l Bhaskaran
PEN. JURULATIH (1) Shahrin Abdul Majid
JURULATIH Azhar Abdullah
JURULATIH PENJAGA GOL Abdul Hamid Ramli
FISIOTERAPI Zainuddin Mohd Zin
JURULATIH KECERGASAN Rueben Jude Balraj
PEN. JURULATIH KECERGASAN Ragu A/L Sinnakuppan
KITMAN Che Hairudin Abdullah
PENCAPAIAN 2013 Piala Sumbangsih - Juara
Liga Super - Tempat ke 6 
Piala FA - Pusingan Pertama
Piala Malaysia - Separuh Akhir
LAMAN SESAWANG http://www.atmfa.my/
FACEBOOK https://www.facebook.com/ATMFA
KETUA PASUKAN Hairudin Omar
Jersi Nama T/Lahir Umur Pasukan Sebelum Warganegara
1 Mohd Iqbal Suhaimi (PG) 10-Sep-84 30 T-Team FC Malaysia
2 Reuben Thayaparan a/l Kathiripillai 2-Apr-90 24 ATM FA Malaysia
3 Norfazly Alias 31-May-81 33 ATM FA Malaysia
4 Raja Mohd Ridzuwan Effendy 23-Oct-89 25 ATM FA Malaysia
6 Mohd Azrul Ahmad 25-Mar-85 29 Felda United FC Malaysia
7 Juan Manuel Arostegui 2-Dec-80 34 Sportivo Belgrano Argentina
8 Mohd Affize Faisal Mamat 14-Mar-89 25 ATM FA Malaysia
10 Bruno Martelotto 11-Mar-82 32 ATM FA Argentina
11 Yusaini Hafiz Chee Saad 13-Apr-90 24 ATM FA Malaysia
12 Mohd Riduwan Maon 10-May-81 33 KL Felda United FC Malaysia
13 Mohd Akmal Mohd Noor 8-Oct-89 25 KL Felda United FC Malaysia
14 Rudie Ramli 15-May-82 32 KL Felda United FC Malaysia
15 Thinagaran A/L Santhanathevan 29 ATM FA Malaysia
16 Ahmad Fauzi Saari 30-Apr-82 32 KL Felda United FC Malaysia
17 Venice Elphi A/L Dannykaya 10-Sep-84 30 ATM FA Malaysia
19 Chiristee Jayaseelan A/L Devasagayam 18-Aug-86 28 ATM FA Malaysia
20 Hairudin Omar (K) 29-Sep-79 35 ATM FA Malaysia
21 Irwan Fadzli Idrus 2-Jun-81 33 ATM FA Malaysia
22 Syed Adney Syed Hussin (PG) 29-Nov-86 28 Terengganu FA Malaysia
23 Rezal Zambry Yahya 10-Oct-78 36 ATM FA Malaysia
24 Amirizwan Taj Tajuddin 30-May-86 28 ATM FA Malaysia
25 Mohamad Hafizuddin Azuhar (PG) 21-Oct-90 24 ATM FA Malaysia
26 Badrul Hisham Mohd Sufian 10-Sep-81 33 Tentera Darat FC Malaysia
27 Syazuan Hazani 27-Jun-94 20 ATM FA Malaysia
28 Muhammad Safwan Hasyim 31-Jan-94 20 ATM FA Malaysia
33 Muhammad Ammar Abdul Aziz 1-Mar-90 24 ATM FA Malaysia
41 Fabrice Noël 21-Jul-85 29 San Antonio Scorpions, US Haiti
44 Park Yong-Ho 25-Mar-81 33 Busan Ipark, S.Korea South Korea
 TOP 3 PENJARING MUSIM 2013
1 Marlon Alex James Liga Super 16 Jumlah Gol Musim 2013 26
Piala FA 1
Piala Malaysia 9
2 Hairudin Omar Liga Super 5 Jumlah Gol Musim 2013 6
Piala FA 0
Piala Malaysia 1
3 Chiristee Jayaseelan A/L Devasagayam Liga Super 4 Jumlah Gol Musim 2013 6
Piala FA 0
Piala Malaysia 2

JOHOR DARUL TA'AZIM FC 2014


NAMA PASUKAN JOHOR DARUL TAKZIM FC
GELARAN Harimau Selatan
STADIUM Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunus
PRESIDEN Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
PENGURUS PASUKAN Bojan Hodak
PEN. PENGURUS YB Datuk Haji Abd Latif Bin Haji Bandi
KETUA JURULATIH Bojan Hodak
PEN. KETUA JURULATIH Ismail Ibrahim
PEN JURULATIH Mohd Hamzani Omar
JURULATIH TAKTIKAL Andres Tevar
JURULATIH PENJAGA GOL Khairul Azman Mohamed
Angel Lozano Zorita
JURULATIH KECERGASAN Jaime Serra Olivares
FISIOTERAPI Mohamad Syafiq Zakaria
Rosfarawadi Ismani Ismail
PENCAPAIAN 2013 Liga Super - Tempat ke 3
Piala FA - Naib Juara
Piala Malaysia - Suku Akhir 
LAMAN SESAWANG http://johorsoutherntigers.com.my/
FACEBOOK https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my
KETUA PASUKAN Mohd Aidil Zafuan Abd Razak
No Nama T/Lahir Umur Pasukan Sebelum Warganegara
1 Norazlan Razali (PG) 19-Dec-85 29 Selangor FA Malaysia
2 Azizi Mat Rose 6-Nov-81 33 Kelantan FA Malaysia
3 Subramaniam s/o Sooryapparad 31-Aug-85 29 Kelantan FA Malaysia
4 Mohd Asaruddin Putra Omar 26-Aug-88 26 Selangor FA Malaysia
7 Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (K) 3-Aug-87 27 Darul Takzim FC Malaysia
8 Mohd Safiq Rahim 5-Jul-87 27 Darul Takzim FC Malaysia
9 Norshahrul Idlan Talaha 8-Jun-86 28 Darul Takzim FC Malaysia
11 Mohd Safee Mohd Sali 29-Jan-84 30 Selangor FA  Malaysia
12 Mohd Nurul Azwan Roya 25-Jun-86 28 Darul Takzim FC Malaysia
13 Mohd Amirul Hadi Zainal 27-May-86 28 Pahang FA Malaysia
14 Harris S/O Harun 19-Nov-90 24 Lions XII Singapura
15 Mohd Daudsu Jamaluddin 18-Mar-85 29 Kelantan FA Malaysia
16 Mohd Shakir Shaari 29-Sep-86 28 Kelantan FA Malaysia
17 Mohd Amri Yahyah 21-Jan-81 33 Selangor FA Malaysia
18 Mahali Jasuli 2-Apr-89 25 Selangor FA Malaysia
19 Luciano Figueroa 19-May-81 33 Panathinaikos F.C, Greece Argentina
20 Mohd Nazrin Mohd Nawi 7-Feb-88 26 Negeri Sembilan FA Malaysia
21 Jasazrin Jamaluddin 3-Apr-86 28 Darul Takzim FC Malaysia
22 Muhamad Al-Hafiz Hamzah (PG) 15-Mar-84 30 Darul Takzim FC Malaysia
23 Mohd Irfan Fazail 12-Apr-91 23 Harimau Muda A Malaysia
25 Mohd Izham Tarmizi Roslan (PG) 24-Apr-91 23 Harimau Muda A Malaysia
26 Kamarul Afiq Kamarudin 7-May-86 28 Darul Takzim FC Malaysia
27 Mohd Fadhli Saas 21-Jan-91 23 Harimau Muda A Malaysia
42 Jorge Pereyra Diaz 5-Aug-90 24 Atlético Lanús, Argentina Argentina
44 Marcos António Elias Santos 25-May-83 31 FC Nürnberg, Germany Brazil
 TOP 3 PENJARING MUSIM 2013
1 Norshahrul Idlan Talaha Liga Super 7 Jumlah Gol Musim 2013 11
Piala FA 0
Piala Malaysia 4
2 Daniel Guiza Liga Super 6 Jumlah Gol Musim 2013 8
Piala FA 2
Piala Malaysia 0
3 Mohd Nurul Azwan Roya Liga Super 5 Jumlah Gol Musim 2013 7
Piala FA 0
Piala Malaysia 2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...