Sumber: Harian Metro
Kuantan: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sedia memberi
kerjasama kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung status
Mohd Amirul Hadi Zainal yang kini bersama Johor Darul Takzim (JDT).
Setiausaha Agung PBNP Fuzeimi Ibrahim berkata, pihaknya akan
membantu FAM terutama dari segi kedudukan Amirul Hadi yang sebelum ini
menandatangani kontrak bersama skuad Tok Gajah.
Menurutnya,
PBNP tidak menghadapi masalah bagi memastikan kes pemain tengah itu
disiasat FAM segera sebelum saingan Liga Malaysia musim 2014 bermula.
“Dalam kes ini, kita sedia memberikan kerjasama kepada FAM demi kebaikan bola sepak terutama skuad Pahang.
Segala maklumat mengenai status Amirul Hadi akan diserahkan pada pertemuan itu nanti.
“PBNP akan menyediakan segala dokumen berkaitan pemain itu dan mahu keputusan yang adil,” katanya semalam.
Fuzeimi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi
Jawatankuasa Status Pemain FAM Datuk Takiyuddin Hassan yang menuntut
penjelasan daripada PBNP dan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) berhubung
status bekas pemain kebangsaan itu.
Ini kerana tiada kepastian
mengenai pasukan yang bakal diwakili pemain berusia 27 tahun itu
selepas membuat pusingan U menyertai JDT musim depan.
Pada masa
sama, PBNP mendakwa Amirul Hadi milik skuad Tok Gajah selepas pemain
itu menandatangani kontrak tetapi segalanya berubah apabila dia
menjalani latihan bersama JDT minggu lalu.
Amirul ketika
diminta memberikan penjelasan cuba mengelak sedangkan pada sesi
memperkenalkan pemain JDT Ahad lalu, dia turut sama berada bersama
pemain lain.
FAM harus mengenakan tindakan tegas termasuk denda
yang tinggi kepada kepada mana-mana pemain yang membuat pusingan U
sekalipun pemain itu kembali ke pangkuan pasukan asal.
Dalam era profesional, pemain harus tahu tanggungjawab menghormati kontrak agar menjadi teladan kepada pemain lain.
Dalam era profesional, pemain harus tahu tanggungjawab menghormati kontrak agar menjadi teladan kepada pemain lain.
No comments:
Post a Comment