Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Hasrat Kelantan untuk menggunakan khidmat Brendan Gan
musim depan musnah apabila permohonan untuk mendaftarkan pemain tengah
kelahiran Australia itu sebagai pemain tempatan tidak diluluskan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA) Azman Ibrahim yang menyatakan pihaknya kini hanya menunggu surat
rasmi selepas dimaklumkan secara lisan oleh FAM.
“Secara lisan permohonan kami tidak diluluskan tapi setakat hari ini
(kelmarin), kami belum menerima sebarang surat hitam putih,” katanya
ketika ditemui Arena Metro selepas Majlis Undian Piala AFC kelmarin.
Berita itu pastinya mengecewakan peminat The Red Warriors yang teruja untuk melihat kelibat bekas pemain Sabah dan Liga Australia, Rockdale City Suns itu beraksi musim depan selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama Kelantan.
Berita itu pastinya mengecewakan peminat The Red Warriors yang teruja untuk melihat kelibat bekas pemain Sabah dan Liga Australia, Rockdale City Suns itu beraksi musim depan selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama Kelantan.
KAFA sebelum ini mengemukakan permohonan kepada FAM untuk
mendaftarkan Brendan Gan yang berketurunan Malaysia sebagai pemain
tempatan berdasarkan rekod ayahnya dilahirkan di Seremban.
Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa menyatakan mengikut Status FIFA seseorang pemain itu layak mewakili negara asal keturunannya berdasarkan tempat lahir, ibu bapa kandung atau datuk pemain dan bukannya atas dasar kad pengenalan diri mahupun negara.
Brendan Gan, 25, mengaku sudah membuat permohonan untuk mendapatkan pasport Malaysia dan bersedia melepaskan kerakyatan Australia.
Bagaimanapun Azman tidak dapat menjelaskan secara terperinci mengenai alasan permohonan itu ditolak dan akan menunggu surat rasmi daripada FAM sebelum membuat tindakan susulan.
“Kita tunggu surat rasmi FAM untuk mengetahui apakah sebab permohonan ditolak dan selepas itu baru kita buat tindakan seterusnya,” katanya.
Ketika ditanya adakah KAFA akan menggugurkan salah seorang daripada empat pemain import untuk memberi tempat kepada Brendan Gan beraksi memandangkan pemain itu sudah mengikat kontrak dua tahun dengan Kelantan, Azman berkata: “Kuota pemain import sudah cukup, kalau dia tidak boleh bermain sebagai pemain tempatan, memang kita tidak boleh mendaftarkannya dalam pasukan. Memang kita sudah menandatangani kontrak tapi dengan syarat dia perlu didaftar sebagai pemain tempatan, kalau tidak kontrak itu tidak sah.”
Bagi musim 2014, Kelantan yang dikendalikan Steve Darby sudah mendaftar empat pemain import iaitu penyerang Mohamed Ghaddar dan Francis Forkey Doe, pemain tengah Mohamed Shawky dan pertahanan Obinna Nwaneri.
No comments:
Post a Comment