Thursday, December 12, 2013

‘Nazri perlu mohon maaf secara terbuka’

Sumber: Harian Metro
 
Kuala Lumpur: “Walaupun kes ini akan diselesaikan ‘di luar’ FAM, saya tetap mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka. Itu syarat yang ditetapkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sekiranya mahu menyelesaikan kes pemain pertahanan Mohd Nazri Ahmad tanpa campur tangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mokhtar berkata, pihaknya mahu Nazri yang didakwa melanggar kontrak dengan Selangor apabila menyertai Kelantan mengemukakan permohonan maaf bagi menjaga imej FAS serta pengajaran buat bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu.

 
“Kalau ikutkan hati, orang biadap harus diajar dengan cara lebih biadap.

Saya tidak mahu pemain memperkecilkan FAS.

Kami juga ada imej dan perbuatan sebegini memberikan kesan buruk kepada FAS.

Jelas apa yang saya perkatakan sebelum ini berlandaskan kebenaran memang dia (Nazri) sudah menandatangani kontrak bersama FAS,” katanya.

Nazri, 23, mencetuskan kontroversi apabila membuat penampilan bersama pemain baru Kelantan sedangkan beliau didakwa sudah menandatangani kontrak bersama Selangor musim depan.

Berang dengan tindakan pemain itu, FAS membuat aduan rasmi kepada FAM dan kes ini bakal dibincangkan Jawatankuasa Status Pemain badan induk itu hari ini.

Jika bersalah Nazri boleh dikenakan hukuman penggantungan serta denda.

Bagaimanapun Arena Metro semalam melaporkan KAFA sudah membuat permohonan rasmi kepada FAS supaya mencari jalan penyelesaian bersama tanpa membabitkan FAM.

Menurut Mokhtar, beliau mahu kes ini menjadi pengajaran kepada semua pemain dan tindakan tegas yang mereka ambil bukan bertujuan untuk mencetuskan permusuhan dengan KAFA.

“Jika tidak kerana masih memikirkan periuk nasi pemain itu, saya memang mahu meneruskan kes ini kepada pihak (Jawatankuasa Status Pemain) FAM.

Tapi demi kesedaran dan kebaikan pemain itu sendiri, FAS bersedia berbincang di luar tetapi saya tetap menuntut permohonan maaf daripadanya,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...