Sumber: Harian Metro
Nay Pyi Taw: Penjaga gol utama negara Izham Tarmizi Roslan mahu
memastikan tiada lagi kesilapan mudah berlaku antara dirinya dan barisan
pertahanan menjelang perlawanan pembukaan menentang Brunei, malam ini.
Kegagalan berkomunikasi dengan baik dengan pertahanan tengah, Shahrul
Saad menyebabkan skuad negara tewas kepada Myanmar 1-0 di separuh akhir
Piala BIDC bulan lalu.
Kedua-dua pemain juga bakal tampil dalam kesebelasan utama di Stadium Zeyar Thiri.
“Bola itu hantaran ke belakang oleh pemain pertahanan. Ia memang salah saya dan amat mengecewakan. Namun kini sudah kembali fokus dan melupakan insiden itu,” katanya.
“Bola itu hantaran ke belakang oleh pemain pertahanan. Ia memang salah saya dan amat mengecewakan. Namun kini sudah kembali fokus dan melupakan insiden itu,” katanya.
Shahrul dijangka tampil bergandingan dengan Mohd Fadhli Shas selepas ketiadaan Nik Shahrul Azim Abdul Halim kerana kecederaan.
“Tiada masalah bagi saya kerana sudah lama bersama dalam Harimau Muda A. Kami sudah bersedia,” katanya.
Izham antara tujuh pemain yang berada dalam skuad emas edisi 2011 namun tidak pernah diturunkan kerana Khairul Fahmi Che Mat mendapat kepercayaan penuh pengendali negara Datuk Ong Kim Swee untuk mengawal gawang dua tahun lalu.
“Memang sudah dua tahun saya tunggu untuk beraksi di Sukan SEA. Ini peluangnya dan akan dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.
Izham bagaimanapun dijangka tidak menghadapi cabaran sebenar apabila menentang Brunei dan hanya bakal hadir ketika menentang Vietnam, Singapura dan Laos.
No comments:
Post a Comment