Thursday, December 12, 2013

Terkers pikat hati Abu Bakar

Sumber: Harian Metro
 
Ipoh: Pemain Croatia, Zelemir Terkers berjaya memikat hati jurulatih Perak Abu Bakar Fadzim ketika diuji dalam perlawanan dengan Kelantan di Stadium Perak, malam kelmarin untuk kemungkinan besar menjadi awang import keempat Seladang untuk Liga Super 2014.

Jika mendapat persetujuan pengurusan pasukan, beliau mahu Terkers mengikuti rombongan Perak mengadakan latihan lima hari di Vietnam mulai Jumaat ini.

 
“Dia menunjukkan kemampuan individu tinggi serta berganding baik dengan pemain lain walaupun baru kali pertama bermain bersama pasukan ini.

“Jika menyertai Perak ke Vietnam, dia berpeluang diuji dalam dua perlawanan persahabtan dengan kelab tempatan.

Ini bererti peluangnya untuk mengikat kontrak dengan Perak juga cerah,” katanya.

Pada perlawanan disaksikan hampir 10,000 penonton itu, selain menyumbang gol, Terkers yang tiba di Ipoh 10 jam sebelum perlawanan turut mencipta hantaran untuk rakan lain.

Perak menang 4-1 ke atas lawan yang bermain tanpa awang import.

Perak yang sudah mengikat tiga awang import, pemain Burkina Faso, Martin Kafando, Kyaw Zayar Win (Myanmar) dan pemain Brazil, Anderson Rodrigues Cardoso memburu seorang penyerang utama .

Mengenai perlawanan itu, Bakar puas hati persembahan anak buahnya yang menunjukkan kesungguhan dan persaingan sengit untuk merebut tempat dalam pasukan.

“Saya sedar ini hanya perlawanan persahabatan tetapi cara pemain bermain menggembirakan saya.

Walaupun kami berdepan pasukan diwakili pemain tempatan tetapi cara pemain Perak bermain amat meyakinkan.

“Malah sambutan hangat penonton juga petanda baik buat Perak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...