Showing posts with label Mohd Shahrizan Ismail. Show all posts
Showing posts with label Mohd Shahrizan Ismail. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Red Warriors buat persiapan hadapi musim 2013


Bojan Hodak (kiri) ketika mengendalikan sesi latihan skuad Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU - Meskipun kemelut perpindahan penyerang terbilang The Red Warriors, Norshahrul Idlan Tahala ke Johor masih diperkatakan, ia tidak menjejaskan sesi latihan pertama pasukan berkenaan semalam, sebagai persediaan mengharungi saingan musim hadapan.

Latihan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, dikendalikan pengurus merangkap jurulatih Bojan Hodak sambil dibantu penolongnya, Zahasmi Ismail, Kamaruddin Mohammad serta Ismail Chawlit Abdullah jurulatih penjaga gol.

Turut kelihatan dalam sesi latihan pertama itu ialah tonggak utama Kelantan musim ini iaitu Mohd. Daudsu Jamaluddin, Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad, Zairul Fitree Ishak, Shahrizan Ismail dan pemain lain termasuk tonggak import iaitu Keita Mandjou, Danny Antwi serta Emanual Ayyah Okinne.

Tuesday, September 6, 2011

'Mat Chah' sedia galas cabaran

pix_gal0


Ganti Khairul Fahmi lawan Sarawak di Kuching 

PENJAGA gol kedua Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail bersedia menggalas tanggungjawab utama selaku penyelamat gawang The Red Warrriors ketika turun menentang Sarawak dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia 2011 di Stadium Negeri, Kuching, malam ini.

Shahrizan atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Chah mengakui tekanan turut dirasai kerana dia kini menjadi harapan penyokong setia selepas penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat beraksi untuk pasukan.
“Tekanan tidak boleh dielakkan namun dengan pengalaman yang ada, saya cuba tenang dan fokus selain mahu memberi yang terbaik untuk pasukan. 

“Saya perlu jalan tugas dan cabaran ini jika diberi kepercayaan namun saya tetap akan berwaspada terhadap pasukan lawan kerana malam esok (malam ini) perlawanan pertama kami,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Selaku juara bertahan, Kelantan dianggap pemerhati bola sepak dan pengkritik sebagai pilihan muncul juara Kumpulan C dan perwatakan Red Warriors akan dapat dilihat selepas tamat perlawanan malam ini. 

Sementara itu, Karathu berkata pasukannya tidak akan memandang mudah keupayaan Sarawak kerana dalam saingan Piala Malaysia momentum setiap pasukan pasti berbeza kerana masing-masing memburu kejuaraan. Malah, Sarawak dilihat mampu memberi saingan sengit. 
“Sebagai persediaan menentang kita mantapkan barisan pertahanan selain gawang gol akan dikawal ketat penjaga gol. Kami akan beraksi dalam setiap perlawanan dengan misi mempertahankan kejuaraan,” katanya.

Monday, September 5, 2011

Shahrizan pengganti

KELANTAN terpaksa akur ketiadaan penjaga gol utamanya, Khairul Fahmi Che Mat yang lebih diperlukan skuad Olimpik negara dan tugas berat di pintu gol The Red Warriors bakal dikawal Mohd Shahrizan Ismail. 
Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, pasukan itu akur dengan kehendak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memerlukan khidmat pemain disapa Apek itu dan sebagai langkah berjaga-jaga, dua penjaga gol skuad Piala Presiden - Muhammad Syazwan Yusoff dan Judtanna Eh Put - dipanggil mengimbangi pasukan.

“Amat malang Kelantan tidak dapat menggunakan khidmat Khairul Fahmi tetapi kami akur dengan keputusan FAM dan tugas itu bakal diisi Mohd Shahrizan yang turut menunjukkan prestasi memberangsangkan,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka di Kota Bharu, semalam.
Katanya, Kelantan tidak meragui kemampuan Mohd Shahrizan untuk menggalas tugas selaku penjaga gol utama pada kempen Piala Malaysia menentang Sarawak malam esok, namun bimbang andai penjaga gol itu mengalami kecederaan. 

“Kami atasi masalah ini dengan menyerapkan dua penjaga gol skuad Piala Presiden sebagai langkah berjaga-jaga dan kami berharap Kelantan tidak menunjukkan kelemahan walaupun tanpa Khairul Fahmi,” kata Azman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...